Buletin

MCLAREN 650S MUSNAH AKIBAT KEJAHILAN PENYEWA

Sesiapa sahaja boleh memandu supercar jika mampu tidak kiralah sama ada dibeli sendiri ataupun disewa secara harian, mingguan malah bulanan sekalipun. Itu bukannya satu isu, tapi kalau dah terlalu jahil dengan fungsi-fungsi supercar moden janganlah mengada-ngada gatal tangan nak tekan sana sini sambil memandu. Silap-silap memang berkecai kereta tu abang weh.

Memanglah kereta cumalah material tidak bernyawa, nyawa manusia lagi penting tapi manusia samdol ni memang terlebih bijak betul. Ini pasal seorang lelaki dari England yang menyewa sebuah McLaren 650S dan kemudiannya mencuba fungsi Launch Control di kawasan tempat letak kereta sebuah majlis perkahwinan. Kira nak show-off la ni.

Hello brader, ini supercar dengan 641 bhp kuasa tau, nak try pun cubalah cari tempat yang clear sikit. Mencuba fungsi yang dia tak tau tu satu hal, bila dah terkejut brek pun lupa nak tekan, adoi haru betul mamat ni. Hasilnya kereta ini cuma mampu dihentikan oleh pokok-pokok yang dilanggarnya.

BACA: MALANG SUNGGUH – BARI DIPANDU 243KM DAN CIVIC TYPE R INI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Kerosakan? Boleh tahan la, habis bahagian hadapan remuk dengan kedua-dua beg udara diaktifkan. Menariknya cermin hadapan masih tidak pecah ataupun retak. Jika dilihat secara visual kereta ini masih boleh diperbaiki asalkan bahagian tub ataupun sangkar keselamatan yang menjadi identiti McLaren tidak rosak. Harap-harap lepas ni tak adalah lagi mangkuk hayun yang sewa dan pandu kereta ni.

Sedikit info pasal McLaren 650S ni. Ia menggunakan enjin 3.8-liter V8 yang mampu menghasilkan 640 bhp kuasa maksima. Kuasanya disalurkan kepermukaan jalan dengan menggunakan kotak gear 7-kelajuan klac berganda. Ia juga mampu mencatatkan kelajuan maksima 333 km/j dan membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 3 saat dengan syarat tiada pokok di hadapan macam dalam cerita di atas.

 

Google ads
Back to top button