Buletin

MERCEDES-AMG A 35 4MATIC 2022 CKD. SEDAN BERPRESTASI TINGGI, BERMULA RM325K

Selain SUV Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan sedan berprestasi tinggi Mercedes-AMG A 35 4MATIC ke pasaran tempatan.

Sedia maklum bahawa MBM sebelum ini menawarkan sedan berkenaan dalam bentuk CKD bermula tahun 2019. 

“Memandangkan A Class dan GLA merupakan model paling laris, kami teruja untuk melancarkan model ini. Sekali gus menunaikan janji kami untuk menawarkan rangkain model berkuasa tinggi yang lebih luas kepada pelanggan,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Micheal Jopp. 

Kini, versi baharu itu dipasang di kilang Mercedes-Benz di Pekan, Pahang. Ia menerima beberapa penambahbaikan selain enjin yang jauh lebih power. 

Sama seperti varian SUV, Mercedes-AMG A 35 4MATIC dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan 306hp dan tork maksimum 400Nm.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar lapan kelajuan dan pacuan semua roda 4MATIC. 

Sedan tersebut boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.8 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 250km/j. Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 8.0 liter bagi setiap 100km.

Pemanduan yang sporty ditingkatkan lagi dengan suspensi AMG RIDE CONTROL dan mode pemanduan AMG DYNAMIC SELECT. 

Antara ciri lain yang ditambah ialah pakej parkir dengan kamera 360 darjah, head-up display (HUD) serta butang khas pada stereng AMG. Bukan itu sahaja, sedan berkenaan turut dipasang dengan ciri kunci pintar KEYLESS-GO Comfort Package, pengecasan tanpa wayar, MBUX Interior Assistant dan sistem bunyi keliling Burmester. 

Mercedes-AMG A 35 4MATIC ditawarkan pada harga bermula RM325,000. Anda boleh memilih daripada warna-warna menarik seperti putih, hitam, perak, kelabu dan biru. 

GALERI

Google ads
Back to top button