Motosikal

YAMAHA YZF-R25 & MT-25 2022 TERIMA DUA WARNA BAHARU. ABS 2 SALURAN. HARGA NAIK KEPADA RM22,998 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model YZF-R25 kini didatangkan dalam dua warna baharu yang lebih menarik iaitu oren (Orange Lynx) dan biru (Racing Blue).

Bukan itu sahaja, model naked MT-25 juga hadir dalam dua warna baharu iaitu Cyan Storm dan biru (Icon Blue). Setiap pembelian MT-25 akan dihadiahkan dengan kunci cakera brek bernilai RM100. 

Kedua-dua jentera berkenaan ditawarkan pada harga sedikit tinggi, RM22,998 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Motosikal itu sudah boleh didapati di semua pengedar Yamaha di seluruh negara bermula 22 September 2022. 

Untuk rekod, harga R25 sebelum ini ialah RM19,998 dan MT25 pula berharga RM 21,500 seunit. 

Menjadi model popular dalam segmen masing-masing, R25 dan MT-25 dijana oleh enjin dua silinder DOHC bersesaran 249cc yang mampu menjana kuasa 35.4hp pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm. Enjin yang mematuhi piawaian Euro 4 itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. 

Aspek keselamatan pula dipertingkatkan menerusi sistem brek ABS dua saluran dengan cakera brek jenis hidraulik. 

GALERI

Google ads
Back to top button