Buletin

MERCEDES-BENZ G580 KINI HADIR DENGAN EQ TECHNOLOGY. MASIH KEKAL RUGGED SEPERTI DAHULU KALA.

Rasannya buat penduduk muka bumi ini rata – rata mengenali model yang satu ini, Merdeces-Benz G Class. Asalnya sebuah model off-road dengan penampilan rupa yang cukup klasik tetapi telah berubah taraf apabila ianya kini menjadi sebuah SUV lambang kemewahan dan gaya retro dan klasik tetapi masih lagi kelihatan rugged.

Sama ada sekadar ingin turut serta dalam arena per-elektrik-an atau benar – benar mahu serius dalam dunia EV, Mercedes-Benz juga tidak mahu ketinggalan dalam hal ini terhadap model sedia ada mereka. Dan ini termasuklah model G-Class mereka yang terkini.

Mercedes-Benz G850 baharu mereka kini juga tersedia dengan teknologi EQ yang cukup sinonim dengan model kenderaan elektrik keluaran mereka.

Ternyata Mercedes-Benz G-Class ini tidak banyak berubah penampilan luarannya selama sekitar 45 tahun yang lalu semenjak generasi pertamanya mula diperkenalkan pada tahun 1979. Reka bentuk luaran model serba baharu hanya diubah suai secara halus tanpa sebarang perubahan drastik yang merubah terus rupa luarannya.

Perubahan yang boleh dilihat untuk varian EQ ini menampilkan sedikit perbezaan pada gril dengan terhadap pencahayaan tambahan LED pada keliling gril. Nak bagi tahu orang bahawa ini adalah merupakan versi elektrik untuk G – Class ini. Bampar hadapan telah diberikan sedikit rekaan baharu yang cukup minimalis. Pillar A baharu dan bibir spoiler di tepi bumbung menyumbang kepada peningkatan aerodinamik yang lebih berkesan terhadap rekaan keseluruhan model Mercedes-Benz G850 ini.

Mercedes-Benz G580 serba baharu dengan Teknologi EQ dilengkapi dengan sistem infohiburan MBUX (Mercedes-Benz User Experience), stereng pelbagai fungsi yang dibalut dengan kulit Nappa dan pencahayaan ambien sebagai ciri standard.

Tambahan pilihan termasuk fungsi Keyless-Go, pemegang cawan dengan fungsi kawalan suhu serta termasuklah sistem bunyi sekeliling 3D Burmester. Unit kawalan luar jalan yang direka bentuk semula dan OFFROAD COCKPIT baharu tersedia sebagai pilihan untuk meningkatkan pengalaman luar jalan dengan fungsi digital tambahan. EDITION ONE, model edisi terhad dengan palet ciri standard yang diperluas dan elemen reka bentuk eksklusif, tersedia semasa pelancaran.

Mercedes-Benz G580 ini digerakkan empat motor elektrik dikawal secara individu dengan menawarkan ciri pemanduan unik termasuklah di laluan off-road. Ia merupakan kenderaan pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran daripada Kumpulan Mercedes-Benz dengan pacuan roda individu.

Setiap motor elektrik menghasilkan keluaran puncak sebanyak 108 kW, yang menambah sehingga jumlah keluaran maksimum sebanyak 432 kW. Jumlah tork maksimumnya pula berupaya mencapai sehingga 1,164 Nm. Cukup buas dan berkuasa.

Maka tiada masalah langsung buat ianya untuk mencecah ke angka 100 km/j hanya dalam tempoh 4.7 saat sahaja dari titik pegun. Sungguh pun demikian, had kelajuannya hanyalah setakat 180 km/j setelah dihadkan. Bimbang terbang pula laju laju nanti.

Dan walau pun ianya adalah model elektrik, namun usah diragui keupayaan off-road model ini. Dengan jarak kelegaan dari permukaan 250 mm, ianya mampu menempuh permukaan cerun sehingga 35° tanpa masalah disamping keupayaan menempuh permukaan berair dan berlumpur sehingga 850 mm. Hebat bukan?

BACA : TERINGIN MERCEDES G-CLASS TAPI TAK MAMPU? ORDER SAJA BAIC BJ80 NI

BACA : MERCEDES-BENZ DEDAH EQG CONCEPT. G-CLASS ELEKTRIK KEKAL RUGGED

Google ads

B K

Back to top button