BSH SAH LANCAR ADV 350, TRANSALP 750 DAN HORNET 750 DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024
Boon Siew Honda (BSH) sedang merangka kejutan istimewa untuk peminat motosikal di Malaysia apabila mengesahkan akan melancarkan bukan satu tapi empat model baharu.
BSH dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa selain mengesahkan penyertaan di Malaysia Autoshow 2024 mereka juga akan turut melancarkan beberapa model yang ditunggu-tunggu termasuk Honda ADV 350, XL750 Transalp, CB750 Hornet dan NX500 baharu.
Keempat-empat model ini akan dipamerkan kepada orang ramai dari 22 hingga 26 Mei ini di MAEPS.
Selain mempamerkan barisan model baharu, BSH juga memperkenalkan Honda Technology Corner yang akan membariskan pelbagai teknologi Honda yang memfokuskan keselamatan dan meningatkan pengalaman menunggang.
Antara teknologi yang akan dibariskan termasuk perincian ABS, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Dual Clutch Transmission (DCT), Honda RoadSync, enhanced Smart Power Plus (eSP+) dan terbaru, Honda E-Clutch.
Kami telah pun menyaksikan dengan lebih dekat sistem E-Clutch terbaru Honda ketika menghadiri Tokyo Motorcycle Show 2024, Mac lalu.