Buletin

MOBILE PET TRUCK SEDIA KHIDMAT, PRODUK HAIWAN PELIHARAAN. TAK PAYAH SUSAH-SUSAH DAH

Mobile Pet Truck menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk untuk haiwan peliharaan terutamanya kucing.

Muhammad Aswad Zakaria, 27, yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Alor Setar Kedah, berkata, perkhidmatan yang menggunakan lori bersaiz satu tan itu, bukan hanya menyediakan produk seperti makanan, pasir dan barangan keperluan lain untuk si comel.

Dia menambah, ia turut menyediakan perkhidmatan menghantar haiwan peliharaan ke klinik haiwan, untuk pemeriksaan atau rawatan.

“Beberapa minggu kebelakangan ini terdapat keluhan daripada pemilik kucing, yang sukar mendapatkan makanan atau barangan keperluan lain untuk kucing mereka dan daripada situ saya mendapat idea, untuk menyediakan perkhidmatan secara bergerak ini.

“Sebelum ini pun saya ada menyediakan perkhidmatan menjual dan menghantar barangan keperluan kucing kepada pelanggan, tetapi pelanggan lebih suka memilih sendiri, jadi saya buat perkhidmatan ini dan bawa barangan yang ada kepada mereka,” katanya.

Muhammad Aswad berkata, sebanyak RM35,000 diperuntukkan untuk menyiapkan lori tersebut, bagi menyediakan perkhidmatan secara bergerak itu.

Menurutnya, sejak diperkenalkan 1 Julai lalu, perkhidmatan itu mendapat sambutan yang amat baik dari pelanggannya, kerana mereka tidak lagi perlu lagi ke kedai untuk mendapat barangan yang diperlukan.

Menurutnya, selain menunggu panggilan daripada pelanggan, perkhidmatan tersebut yang beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam juga, akan ke lokasi tumpuan orang ramai seperti taman rekreasi bagi menyediakan perkhidmatan kepada pemilik kucing yang kebiasaannya berada di situ. – Bernama

Google ads
Back to top button