Motosikal

MOTOGP JEREZ 2020: QUARTARARO JUARA, MARQUEZ TERJATUH, ROSSI ALAMI MASALAH TEKNIKAL

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo mencatat kemenangan Gran Prix pertamanya di litar Jerez, Sepanyol yang berlangsung malam tadi.

Pelumba Perancis berusia 21 tahun yang  bermula di kedudukan pertama terus dipotong oleh pelumba pasukan Yamaha, Maverick Vinales dan juara dunia, Marc Marquez untuk berada di tempat keempat tidak lama selepas perlumbaan bermula.

Vinales mendahului untuk sebelum dipintas oleh Marquez. Saingan di antara Vinales dan Marquez untuk berada di kedudukan pertama berlangsung dalam beberapa pusingan dan kedua-dua pelumba tersebut saling memotong.

Marquez menunjukkan kepakarannya apabila berjaya mengawal jentera biarpun terbabas di selekoh 4. Dia kemudian kembali masuk ke litar dan terus mengejar pelumba lain.

Peluang tersebut tidak disia-siakan oleh Quartararo untuk mengikuti rapat Vinales selepas memotong Jack Miller. Dia mula memimpin perlumbaan ketika perlumbaan berbaki 16 pusingan.   

Pada masa yang sama, Marquez pantas mengejar sehingga ke tempat ketiga di belakang Marquez. Memang power betul, boleh kejar dari tempat 18 sampai ketiga dalam tempoh yang singkat.  

Namun, malang Marquez nampaknya tidak berakhir di situ apabila pelumba kesayangan Repsol Honda itu sekali lagi terjatuh ketika perlumbaan hanya berbaki tiga pusingan.   

Jatuh kali ini jauh lebih serius apabila dia terpaksa diangkat dengan stretcher dan memakai pendakap leher.

Ini membolehkan Quartararo selesa mengakhiri perlumbaan, membuatkan Vinales dan Andrea Dovizioso untuk berada di tempat kedua dan ketiga.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima. Keputusan yang sangat memberangsangkan buat Petronas Yamaha SRT pada musim 2020 ini!

Google ads
Back to top button