
Motosikal
MODA LANCAR SKUTER GAYA RETRO 10 SEPTEMBER INI
Selepas melancarkan Sporter S 250 dan Shifter 400X untuk pasaran Malaysia, MODA bakal memperkembangkan tawaran dengan skuter ketiga.

Ketika Sporter S mengisi segmen skuter maxi sementara Shifter 400 X pula merupakan skuter ADV, model ketiga yang dilancarkan pada 10 September ini merupakan skuter gaya retro.
Untuk makluman, MODA merupakan jenama yang diedarkan oleh AMI (AFY Mobility Industries)yang juga pihak sama yang mengedarkan jenama Suzuki, MV Agusta, Kove, Indian Motorcycle serta akan datang AFAZ.

Walaupun info terperinci hanya akan diketahui pada hari pelancaran nanti namun berdasarkan gambar teaser yang dimuat naik di media sosial, jelas menampakkan skuter gaya retro.