Buletin

MODEL PRODUKSI TERPANTAS BENTLEY – CONTINENTAL SUPERSPORTS, 710bhp

Pengeluar kenderaan mewah, Bentley baru sahaja memperkenalkan model produksi paling laju dan berkuasa setakat ini, Bentley Continental Supersports.

Dengan keupayaan mencatat kelajuan mencecah 336km/j dan pecutan dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 3.5 saat, ia menjadi model mewah empat tempat duduk paling berkuasa di dunia.

Bentley Continental GT Supersports Photo: James Lipman / jameslipman.com

Bentley Continental Supersports dipacu oleh enjin W12 yang telah menerima sistem pengecas turbo rekaan baru dan berkapasiti lebih tinggi. Sistem penyejukan udaranya juga telah disemak semula untuk menghasilkan lebih banyak boost dan kuasa.

BACA: PERABOT MEWAH BENTLEY

BACA: BENTLEY POP ART SIR PETER BLAKE

Kuasa tersebut diseimbangkan dengan brek seramik berprestasi tinggi yang terlindung di sebalik rim bersaiz 21 inci. Saiz cakera brek itu adalah yang paling besar di dunia. Ini bagi menawarkan kuasa membrek yang terbaik dalam kondisi ekstrem.

Bentley Continental GT Supersports Photo: James Lipman / jameslipman.com

Sistem brek titanium yang lima kilogram lebih ringan telah direka semula untuk membolehkan enjin bernafas dengan lebih lancar. Selain menawarkan bunyi sebuah Bentley yang mengasyikkan.

Aspek pengendalian diserahkan kepada sistem torque vectoring yang telah dinaik taraf. Sistem itu pernah digunakan buat pertama kalinya pada model Continental GT3-R. Bentley Continental Supersports meneruskan aplikasi pacuan semua roda, di mana 60 peratus kuasa dihantar ke roda belakang.

Bentley Continental GT Supersports Photo: James Lipman / jameslipman.com

Dinamik pemanduan ditingkatkan lagi menerusi talaan suspensi yang lebih keras dan rendah. Tetapi pada masa yang sama mengekalkan keselesaan penumpang di dalam kabin.

Bahagian luaran menampilkan perubahan ketara pada reka bentuk bampar hadapan, belakang dan sil sisi yang diperbuat daripada gentian karbon.

bentley-continental-supersports-mekanika-2

Pada ruang kabin pula, tiga warna unik digunakan. Ia merangkumi kemasan kulit alcantara, panel gentian karbon dan banyak lagi. Bahagian itu kemudian disempurnakan lagi dengan sulaman emblem Supersports, stereng dan tuil gear yang istimewa.

Sama seperti semua Bentley yang lain, pelanggan boleh meminta untuk membuat customization berdasarkan kepada kecenderungan mereka.

Bentley bagaimana pun tidak mendedahkan harga Continental Supersports dan bilakah ia akan dipasarkan.

Google ads
Back to top button