
PENGELUARAN MITSUBISHI LANCER AKAN DITAMATKAN OGOS INI
Lagi berita sedih buat penggemar lagenda Lancer Evolution, selepas pengakhiran model Evolution 10 (X), Mitssubishi membuat kenyataan baru dengan pengakhiran model Lancer sedan dan hatchback. Lagenda Lancer akan ditamatkan sepenuhnya pengeluarannya pada Ogos ini.
BACA PENGELUARAN EVO X DITAMATKAN
BACA MAZDA TAK BERMINAT BUAT RX9
Ia disahkan oleh COO of Mitsubishi Amerika Utara Don Swearingen dalam satu temubual dengan laman web autoblog beberapa hari lepas. Sudah tentu ia bukanlah berita yang kita jangkakan kerana Lancer adalah model teras yang penting kepada Mitsubishi.
Ia sama pentingnya Corolla bagi Toyota dan Civic bagi Honda dan Impreza bagi Subaru. Agak luar biasa sebuah model teras dikeluarkan dari senarai produksi tetapi itulah realitinya. Mitsubishi mengakui, segmen sedan semakin mengecil sementara segmen yang boleh jual sekarang ialah crossover dan SUV.
Setelah ketiadaan Carisma, Galant dan terkini Lancer, rangkaian sedan (dan hatchback) dari Mitsubishi cuma tinggal Mirage, selebihnya mereka akan fokus membuat SUV, Crossover dan trak Triton.
Apakah makna semua ini? Maksudnya, lebih jelas yang Evo generasi baru tidak akan keluar sama sekali. Setelah diambilalih oleh Nissan tahun lalu, ramai berharap Carlos Ghosn akan menyuntik dana pembangunan model Evo seterusnya. Ia berdasarkan DNA pengeluar Nissan yang masih berminat menghasilkan kereta berprestasi tinggi seperti GTR.
Model Lancer GT/GLS sekarang adalah generasi kelima dan merupakan produksi paling panjang dalam sejarah Lancer yang pertama kali dikeluarkan pada 1973. Lancer hari ini sudah berada dalam pasaran 10 tahun sejak diperkenalkan pada 2007.
Ia sepatutnya digantikan pada bila-bila masa dari penghujung tahun lepas dan ketiadaan model baru memberi petanda jelas terhadap produksi yang akan ditamatkan tidak lama lagi.
Kini, hanya Impreza sahaja yang masih mewakili Jepun bagi segmen C kelas sport berprestasi tinggi. Kadang-kadang kami pun bingung dengan model perniagaan Jepun ni, Subaru yang lagi kecil skalanya masih kekalkan Impreza. Dalam masa yang sama kembangkan Forester, XV dan Levorg. Perlu diingatkan Subaru tidak ada kenderaan komersial atau segmen trak.
Sukar untuk dipercayai tetapi inilah berita yang menyedihkan. Maka berakhirlah pengeluaran 44 tahun Lancer di pasaran.
Selamat Tinggal Mitsubishi…