BuletinMotosikal

MODENAS LANCAR PULSAR NS160. RM7,577.00

Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) hari ini telah melancarkan Bajaj NS160, rangkaian naked sport terbaru hasil dari kerjasama Modenas dan pembuat motosikal terkemuka India, Bajaj Auto.

Pelancaran sebentar tadi disempurnakan oleh Dato Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad bersama Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan.

Spesifikasi

  • Enjin – 4 Stroke, SOHC 4 Valve, Oil Cooled, Twin Spark DTS-i engine
  • Sesaran 160.3cc
  • Kuasa – 1105 kW (14.8PS) @ 8500 rpm
  • Tork – (Nm @ RPM) 13.99 @ 6500
  • Kotak gear – manual 5 kelajuan
  • Suspensi depan  Telescopik dengan Anti-friction Bush
  • Suspensi belakang – Nitrox monoshock absorber dengan Canister
  • Brek – Cakera depan (240mm), belakang (230mm)
  • Tayar – 90/90-r17 (depan), 120/80-r17 (belakang
  • Tangki bahanapi – 12 liter

Bajaj NS160 merupakan model Bajaj paling laris dalam pasaran motosikal naked Bajaj. Semenjak bekerjasama dengan Modenas menerusi tiga buah model sebelum ini iaitu Pulsar, V15 dan Dominar, sebanyak 10,000 unit telah dijual di Malaysia.

Pulsar NS160 dijual pada harga RM7,577.00

Dalam acara yang sama, Modenas turut melancarkan motosikal lagenda mereka Kriss 110. Syarikat ini mensasarkan jualan tahunan sebanyak 35,000 unit bagi kedua model tersebut.

GALERI

Google ads
Back to top button