Motosikal

MOTOGP MUGELLO – KEMENANGAN PERTAMA LORENZO/DUCATI YANG AGAK LEWAT

Jorge Lorenzo mengakui yang kemenangan sulung beliau dengan Ducati berjaya melenyapkan kritikan yang dilemparkan kepadanya selepas mengharungi musim penuh kekecewaan bersama Ducati. Namun begitu ia disambut dengan emosi bercampu-campur kerana masa depan beliau bersama pasukan itu dikatakan bakal berakhir.

Lorenzo menyatakan yang kemenangan ini memang hadir agak lewat dan beliau sudah pasti akan menunggang jentera lain pada musim-musim akan datang. Sewaktu MotoGP Itali desas-desus menyatakan yang Lorenzo akan menyertai pasukan satelit Yamaha pada musim depan tetapi rupa-rupanya beliau telah dipilih untuk mengisi kekosongan pelumba dalam pasukan Repsol Honda menggantikan Dani Pedrosa.

Walaupun terlepas peluang mendapat petak pertama sulung untuk Ducati musim ini, Lorenzo mempamerkan gaya menunggang yang menarik dari awal sehinggalah hujung perlumbaan untuk meraih kemenangan di litar Mugello. Ia dikatakan menyamai gaya cemerlang beliau sewaktu beraksi dengan pasukan factory Yamaha sebelum menyertai Ducati.

Tapi itulah, kemenangan ini dikatakan sudah tidak bermakna kerana beliau pastinya akan meninggalkan pasukan Ducati tapi beliau sudah menunjukkan akan apa yang beliau perlukan daripada GP18 untuk menang.

Selepas naiktaraf casis dilakukan di Jerez, Lorenzo menggunakan tangki minyak rekaan baru pada jentera Ducati beliau di Mugello yang terbukti memberikan keselesaan dan membuatkan beliau lebih relaks untuk mengekalkan tenaga dalam perlumbaan yang panjang. Ia merupakan satu daripada permintaan beliau selama ini tetapi gagal ditunaikan oleh Ducati sehinggalah saat ini.

Lorenzo menyatakan yang kemenangan ini memang sangat isitimewa  apatah lagi ia kemenangan pertama beliau dalam masa setahun setengah. Walaupun sentiasa berusaha keras naisb tetap tidak menyebelahi beliau sehinggalah hari ini.

BACA: HAFIZH SYAHRIN KEKAL DENGAN PASUKAN TECH 3 UNTUK MUSIM 2019 – BAKAL GUNA JENTERA KTM

Banyak kritikan dihamburkan oleh pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak mungkin memperolehi kemenangan bila bergandingan dengan Ducati tetap menariknya ia akhirnya berjaya diakhiri dengan kejayaan. Ia merupakan contoh terbaik keazaman dan determinasi yang pastinya akan membuahkan hasil.

Buktinya dengan pengubahsuaian casis dan tangki minyak oleh Ducati telah membolehkan Lorenzo mencapai kemenangan sulung beliau walaupun sebelum ini dikritik hebat.

Lorenzo turut menyatakan yang jika pengubahsuaian ini dilakukan dari awal mungkin beliau akan memilih untuk kekal bersama Ducati tapi malangnya ia sudah terlalu lewat dan beliau pun sudah bertemu jodoh baru.

Kemenangan ini juga mengimbas kembali kejayaan pertama beliau dalam MotoGP pada tahun 2003 dalam kategori 125cc. Ia seakan-akan mengulang kembali perasaan yang sama.

Google ads
Back to top button