Artikel PilihanMotosikal

MOTOGP PERANCIS: CUACA TAK HALANG MARQUEZ REBUT PETAK PERTAMA

Juara bertahan MotoGP Marc Marquez mendapat kedudukan petak pertama untuk Grand Prix Perancis di Le Mans, walaupun terlibat dengan kemalangan.

Marquez mencatat pusingan terpantas 1m40.952s pada pada sesi kualifikasi Q2. Pada pusingan seterusnya, Marquez tergelincir di selekoh 5 dan kemudian segera meluncur ke kerikil di kanan litar.

Beliau pantas mengangkat jentera RC213V dan meneruskan perlumbaan dan walaupun dia tidak dapat memperbaiki catatan masa, kedudukan sebelumnya tidak dicabar pelumba lain.

Dua jentera Ducatis – Danilo Petrucci dan pasukan Pramac Jack Miller – akan menyertai Marquez di barisan hadapan.

Petrucci lewat 0.36s, sementara Miller 0.414s di belakang sebelum turut terabas di Turn 3 pada lewat sesi kelayakan dalam keadaan litar basah.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Andrea Dovizioso akan menjadi pelumba pertama pada baris kedua, yang disertai oleh Valentino Rossi dan Franco Morbidelli.

Pelumba Petronas SRT yang cemerlang di Jerez mengetuai pelumbaan terpaksa berpuashati memulakan perlumbaan di laman sendiri di tempat ke 10.

Satu-satunya pelumba harapan negara Hafizh Syahrin nampaknya masih mengekalkan posisinya dengan konsisten sejak perlumbaan pertama di Qatar iaitu samada di petak terakhir atau kedua terakhir.

DI bawah adalah senarai penuh sesi kualifikasi

Tags
Google ads
Back to top button