Motosikal

AHLI SUMO BUAT WHEELIE DENGAN BAJAJ PULSAR

Pengeluar motosikal terkenal dari India, Bajaj Auto nampaknya berjaya menarik perhatian ramai apabila memperkenalkan satu klip video iklan yang cukup kreatif.

Berbeza dengan amalan biasa menggunakan model-model yang kacak dan cun melecun, Bajaj sebaliknya menggunakan khidmat dua orang ahli gusti sumo untuk memperkenalkan model street mereka, Pulsar.

Klip video berdurasi satu minit 21 saat itu dimuat naik ke laman YouTube oleh Motorcycle memes. Walaupun baru beberapa hari disiarkan (bermula 19 Februari 2017), ia sudah mendapat lebih 6,500 kali tontonan.

Apa yang pasti, iklan itu cuba untuk menunjukkan kuasa dan ketahanan Pulsar. Walaupun ditunggang lasak oleh mereka yang bersaiz XXXL.

Pulsar merupakan antara motosikal street yang popular di pasaran India. Ia  dibangunkan oleh Bajaj Auto dengan kerjasama pengeluar Jepun dan pereka bentuk Glynn Kerr. Mula diperkenalkan pada tahun 2001, Pulsar kini ditawarkan dalam lima varian dengan kapasiti enjin 135cc, 150cc, 180cc, 200cc, 220cc dan 400cc yang kemudian ditukar menjadi Dominar.

Dengan purata jualan 86,000 unit sebulan, Pulsar menguasai pasaran sebanyak 47 peratus dalam segmennya.

BACA: PERKEMBANGAN TERKINI MODENAS/KYMCO/BAJAJ DAN PROJEK KAPCAI 150CC

BACA: MODENAS BAWA MASUK KYMCO & BAJAJ? 

Google ads
Back to top button