Artikel PilihanMotosikal

ALKISAH SEBASTIAN OGIER – JUARA WRC LIMA KALI BERTURUT-TURUT!

Dalam dunia WRC, sudah tentu nama Sebastian Loeb sudah dianggap sebagai lagenda kerana berjaya memenangi WRC sebanyak sembilan kali berturut. Namun, kini muncul pula satu nama, Sébastien Ogier yang barangkali mampu menyamai rekod tersebut. Kini, Sébastien Ogier adalah juara WRC sebanyak lima kali berturut semenjak dari tahun 2013 lagi.

BACA : SÉBASTIEN OGIER JUARA WRC VODAFONE RALLY DE PORTUGAL

BACA : BARU 4 KALI DALAM WRC DAH MENANG RALI FINLAND – ESAPEKKA LAPPI

Pemuda kelahiran Perancis ini sama juga seperti Loeb telah memenangi 40 perlumbaan sepanjang karier walaupun baru berusia 33 tahun. Ini menjadikan beliau adalah pelumba kedua paling berjaya dalam sejarah WRC. Sebelum terjebak dengan dunia rali, Ogier adalah seorang jurulatih ski serta pemain profesional Boules.

Semuanya bermula pada 2005 apabila memenangi Rallye Jeunes dan telah ditawarkan untuk berlumba di Peugeot 206 Cup pada musim berikutnya. Dan pada 2007, Ogier terus menunjukkan belangnya dengan berjaya memenangi empat pusingan serta dua kali sebagai naib juara.

Pada 2008 Ogier berpeluang untuk beraksi penuh dalam program Junior World Rally Championship (JWRC) untuk pasukan Equipe de France FFSA dengan memandu jentera Super 1600 Citroen C2. Debut pertamanya di Rali Mexico berjaya memenangi kelas JWRC serta turut memperolehi mata bagi saingan WRC setelah berjaya menduduk tempat kelapan keseluruhan.

Musim penuh Ogier dalam kalendar WRC pada 2009 setelah bergelar juara JWRC pada musim sebelumnya. Hanya pada musim 2011 Ogier berpeluang untuk beraksi penuh bersama pasukan utama Citroen dan bergandingan dengan Loeb dengan memandu jentera DS3 WRC.

Aksi cemerlang Ogier pada musim tersebut cukup meresahkan pasukan yang ketika itu secara terangan menyokong Loeb untuk muncul juara dunia sekali lagi. Sungguhpun memenangi perlumbaan sama banyak (lima kemenangan podium untuk Ogier dan Loeb), namun Ogier terpaksa dan dipaksa berpuas hati sekadar tempat ketiga sahaja di akhir musim.

Ogier memutuskan untuk bertindak keluar dari pasukan utama Perancis dan telah dilamar oleh Volkswagen untuk beraksi bagi saingan musim 2012 sebagai persediaan untuk bersaing dalam WRC pada musim 2013. Sekali pun hanya memandu jentera Skoda S2000, pencapaian Ogier tidaklah terlalu teruk. Beberapa mata berjaya dikutip dan pencapaiannya terbaik adalah posisi kelima ketika saingan di Itali.

 

Bermula musim 2013, itulah kebangkitan semula Ogier bersama jentera Polo WRC apabila berjaya menapau sembiln kemenangan dan berjaya ditabalkan juara baharu WRC, menamatkan era Loeb bersama jentera Citroen. Sehingga ke tahun 2016, Ogier kekal setia bersama Volkswagen Motorsport berserta kejuaraan WRC.

Dan apabila Volkswagen memutuskan untuk menarik diri daripada saingan WRC penghujung musim 2016, Ogier terus setia bersama kejuaraan WRC-nya, kali ini bersama pasukan M-Sport untuk memandu jentera Ford Fiesta WRC pula untuk musim 2017. Ternyata, Ogier ini bukan calang-calang manusia. Handalnya bukan main. Kita tunggu tahun hadapan saingan WRC ini macam mana pula.

 

Google ads

B K

Back to top button