Artikel PilihanMotosikal

ENAM PELUMBA MASIH BERPELUANG MENJADI JUARA DUNIA MOTOGP – MARC MARQUEZ

Itulah kata-kata Marc Marquez bila ditanya tentang saingan beliau yang paling kuat musim ini. Beliau sendiri tidak pasti kerana semua pelumba berusaha keras dan mungkin menggagalkan beliau dalam usaha memburu kejuaraan dunia kali kelima.

Pelumba Repsol Honda itu kini sedang mendahului seorang lagi bekas juara dan lagenda MotoGP iaitu Valentino Rossi dengan 27 mata ketika perlumbaan memasuki pusingan ke lapan di Assen, Belanda. Marquez bagaimanapun percaya hampir enam orang pelumba masih berpeluang merebut kejuaraan pada musim ini.

Pelumba Ducati Andrea Dovizioso bermula dengan baik pada awal musim tetapi berhadapan dengan kesilapan demi kesilapan termasuklah gagal menghabiskan perlumbaan di Catalunya sebelum ini. Ia sekaligus membuatkan pelumba ini jatuh ke kedudukan ke lapan di belakang rakan sepasukan Jorge Lorenzo dari segi kutipan mata.

Selain daripada Rossi, rakan sepasukan dari Yamaha beliau Maverick Vinales dan pelumba pasukan Tech 3 Johann Zarco kini juga berada dalam kedudukan yang baik di belakang Rossi sekaligus menyukarkan Marquez menentukan siapakah yang bakal penjadi saingan sengit beliau.

Ini lebih sukar kerana pelumba-pelumba yang berada di kedudukan teratas mempunyai peluang untuk merebut kejuaraan kerana banyak perlumbaan belum berlangsung dan masih banyak lagi mata dan kesempatan yang menunggu mereka.

BACA: PEDROSA MERUPAKAN PELABURAN BIJAK UNTUK MANA-MANA PASUKAN – CARLOS CHECA

Sudah tentu penunggang Yamaha akan memberikan saingan yang sengit khususnya Valentino Rossi. Yamaha biasanya sangat laju di litar ini dan Ducati berada dalam kedudukan terbaik selepas dua perlumbaan terakhir. Marquez menyatakan yang mereka akan terus bersaing dan berusaha merebut kejuaraan.

Marquez sentiasa berada di atas podium sejak tahun 2014 di Assen dan menyatakan beliau tidak perlukan kejayaan pada hari perlumbaan untuk membuktikan yang jentera Honda RCV beliau berada dalam keadaan terbaik.

Mereka sudah membuktikan yang jentera mereka adalah cukup laju di Jerez, Le Mans, Mugello dan Montmello. Kesemuanya merupakan litar dalam keadaan yang pelbagai dan ternyata masih belum mampu menggugat kehebatan Honda RCV mereka.

Perlumbaan kali ini sama seperti perlumbaan sebelumnya yang menjadi medan para jurutera menguji dan membangunkan sistem mereka. Ujian di atas litar adalah cukup bermakna dan membolehkan para jurutera membuat perhatian berdasarkan suasana sebenar dunia pelumbaan khususnya keadaan.

Google ads
Back to top button