Motosikal

NAK CAFE RACER? ITALJET BUCCANEER 250i MENARIK JUGA

Selain moped ARIO 110, Chear Global turut  melancarkan model cafe racer terbaharu, ITALJET BUCCANEER 250i.

Model itu dilengkapi enjin V-Twin dengan sistem pancitan bahan api terkini demi menghasilkan prestasi menunggang yang lancar. 

Seperti yang anda boleh lihat sekarang, cafe racer ini hanya mempunyai satu tempat duduk. Tetapi, pengedarnya Chear Global menyatakan bahawa pengguna boleh mendapatkan tempat duduk untuk pembonceng juga. 

“Motosikal cafe racer cukup popular hingga hari ini. Buktinya, motosikal sebegini telah membuat kemunculan semula sejak tahun lalu apabila banyak pengedar lain menawarkan model dengan reka bentuk yang sama,” jelas Ketua Pegawai Operasi Chear Global, Leong King Choon.

ITALJET BUCCANEER 250i ditawarkan pada harga RM15,500 seunit. Ia hadir dalam warna emas metalik, hitam padat dan hitam matt. Jentera ini dijadual berada di pasaran bermula awal Oktober depan.

Sama seperti motosikal CMC yang lain, jaminan bagi kedua-dua motosikal ini ialah selama setahun atau jarak perbatuan sejauh 10,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Spesifikasi CMC Italjet Buccaneer 250i

Enjin: Empat lejang dengan sistem penyejukan udara, 250cc V-Twin, Efi

Transmisi: 5 kelajuan

Gerek & lejang: 49mm x 66mm

Kuasa maksimum: 13kW @ 8,000rpm

Tork maksimum: 19Nm @ 6,000rpm

Panjang x lebar x tinggi: 2,060mm x 750mm x 1,090mm

Tapak roda: 1,440mm

Berat bersih: 128.5kg

Penghidup enjin: Elektrik

Suspensi: Fork teleskopik (hadapan), monoshock hidraulik (belakang)

Brek: Cakera 280mm (hadapan), cakera 240mm (belakang)

Kapasiti tangki: 14 liter

Saiz tayar: 110/90-17 (hadapan), 130/90-17 (belakang)

GALERI

Google ads
Back to top button