Motosikal

CAFE RACER HONDA CB250R – KINI ANDA BOLEH MILIKINYA PADA HARGA RM22,999 SAHAJA!

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan model CB250R di Litar Antarabangsa Sepang.

Sesi pengenalan yang menjadi acara pertama selepas cuti panjang sempena Hari Raya Aidilfiti itu turut memberi peluang kepada pihak media menunggang uji model Honda X-ADV dan Africa Twin.

Harus tahu bahawa CB250R merupakan realisasi model konsep Neo Sport Cafe yang sebelum ini pernah dipamerkan pada acara EICMA 2017. Selain CBR250R, Honda juga menghasilkan jentera CB1000R daripada model konsep yang sama.

Sebagaimana yang anda boleh lihat, CB250R tampil dengan reka bentuk sebuah cafe racer, tetapi sarat dengan teknologi moden. Haa… teruja kan..

Kalau nak jadi model moden klasik, lampu depan mestilah berbentuk bulat. Bukan sahaja berbentuk bulat tetapi Honda bagi special sikit dengan guna lampu LED. Lampu belakang pun sama LED.

Ciri moden CB250R diserlahkan lagi dengan penggunaan panel intrumen digital sepenuhnya. Paparan dengan latar berwarna biru itu berfungsi memaparkan segala maklumat penting tunggangan seperti takat bahan api, trip meter, perbatuan dan jam digital.

Imej sporty cafe racer ini mengambil inspirasi rekaan model lebih besar iaitu CB1000R. Lihat sahaja pada rekaan tangki yang berlekuk debgan kapasiti 10.1 liter itu.

Bagi memudahkan tunggangan dan lebih lincah di jalan raya, jentera itu hanya seberat 145kg dengan ketinggian pelana sekitar 800mm. 

Motosikal yang sememangnya menarik perhatian ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal   bersesaran 250cc dengan teknologi PGM-FI yang menjanjikan penjimatan bahan api.

Mampu menjana kuasa mencecah 27.2hp dan tork maksimum 23.3Nm, ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

CB250R sudah boleh anda beli pada harga RM22,999 seunit. Amacam? On ke tak on ni?

Google ads
Back to top button