Motosikal

CMC SERTAI PASARAN MOPED TEMPATAN DENGAN ARIO 110 – RM3,998

Chear Global Sdn. Bhd. (Chear Global), pengedar rasmi motosikal CMC di Malaysia hari ini memperkenalkan model moped terkini ke pasaran tempatan. 

Syarikat yang terkenal dengan gaya pemasaran motosikal klasik dan gaya hidup dalam segmen khusus itu memepertaruhkan moped  ARIO 110.

Pengenalan itu bagi membolehkan jenama CMC  lebih dikenali dalam  pasaran massa dan segmen moped yang cukup dominan di Malaysia. 

“Kami sangat gembira kerana mampu menawarkan moped yang mempunyai reka bentuk menarik. Selain prestasi cemerlang dan harga yang berpatutan dalam kelasnya buat komuniti penunggang tempatan,” kata Ketua Pegawai Operasi, Leong King Choon.

Ario 110 boleh anda miliki pada harga jualan RM3,998 (tidak termasuk GST, insurans dan cukai jalan). Didatangkan dalam warna emas metalik dan hitam, moped ini akan berada di semua pengedar CMC mulai esok di seluruh negara.

Bagi memastikan harga yang mampu milik, CMC memilih untuk menggunakan enjin karburator dan bukannya jenis pancitan bahan api untuk Ario 110. 

Spesifikasi CMC Ario 110

Enjin: Empat lejang silinder tunggal dengan sistem penyejukan udara

Transmisi: 4 kelajuan, gear drive

Gerek & lejang: 52.4mm x 49.5mm

Kuasa maksimum: 4.8kW @ 7,500rpm

Tork maksimum: 7.0Nm @ 5,500rpm

Panjang x lebar x tinggi: 1,885mm x 715mm x 1,110mm

Tapak roda: 1,230mm

Berat bersih: 105kg

Penghidup enjin: Elektrik & tendang

Suspensi: Fork teleskopik (hadapan), pegas gegelung hidraulik (belakang)

Brek: Cakera (hadapan), gelendong (belakang)

Kapasiti tangki: 4 liter

Saiz tayar: 70/90-17 (hadapan), 80/90-17 (belakang)

GALERI CMC ARIO 110

Google ads
Back to top button