
RE Motorcycle Sdn Bhd, pemegang jenama motosikal Royal Enfield di Malaysia hari ini telah melancarkan dua model terbaru. Model tersebut ialah Royal Enfield Continental GT 650 dan Interceptor GT 650.
CONTINENTAL GT 650
Ini adalah model yang diinspirasikan dari “budaya” cafe racer sekitar era 50-an dan 60-an. Ia mengingatkan kita pada model Continental GT 250. Model in dipasangkan dengan enjin dua selinder, 47 kuasa kuda pada 7250RPM dan tork 52Nm pada 5250RPM.

Harga jualannya ialah RM46,628 (Atas jalan tanpa insurans)
INTERCEPTOR GT 650
Dipasangkan dengan enjin sama dengan dua selinder sama dengan Continental tetapi dengan perubahan styling yang drastik. Enjin Interceptor GT 650 ini digerakkan oleh forged crankshaft dengan nyalaan 270 darjah yang menjanjikan kuasa dan bunyi enjin yang padu.

Enjin empat lejang 648cc, dua selinder ini turut menghasilkan 47 kuasa kuda pada 7250RPM dan tork 52Nm pada 5250RPM.
Harga jualan model ini ialah RM49,228 (atas jalan tanpa insurans)