Motosikal

SUZUKI VANVAN 200 TEMBUSI PASARAN AS

Sejak akhir-akhir ini, motosikal moden dengan gayaan retro semakin mendapat perhatian ramai.

Suzuki-VanVan-200-2016-mekanika (3)

Buktinya, semakin banyak pengeluar menawarkan model sebegitu dalam rangkaian produk mereka.

Terbaharu ialah Suzuki VanVan 200 yang dibina berdasarkan kepada inspirasi rekaan motosikal era 1970-an. Dibekalkan dengan enjin bersesaran 200cc, jentera ini dijangka dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.

Suzuki-VanVan-200-2016-mekanika (2)

VanVan 200 pastinya sesuai untuk mereka yang kurang gemarkan motosikal berkuasa besar, mahal dan berat. Pastinya, motosikal ini disasarkan kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak menunggang.

Jentera ini menawarkan posisi tunggangan menegak dan bar hendal yang tinggi. Rim lidi dibalut dengan tayar multi-terrain yang tebal. Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 200mm, VanVan 200 jelas ideal untuk mengharung laluan yang sedikit mencabar.

Suzuki-VanVan-200-2016-mekanika (7)

Motosikal ini digerakkan oleh enjin empat lejang dengan sistem penyejukan udara bersesaran 199cc pancitan bahan api. Ia turut dilengkapi penghidup elektrik dan brek cakera dan gelendong (belakang). Di samping suspensi teleskopik 33mm untuk roda hadapan dan jenis monoshock di belakang.

Didatangkan dalam pilihan warna kelabu dan biru, VanVan 200 dijangka dijual pada harga bermula AS$4,599 (RM18,450) seunit.

Google ads
Back to top button