Motosikal

SYM SUPER EXTREME 175CC BAKAL KEJUTKAN YAMAHA Y15ZR DAN HONDA RS150R

Kita sedia maklum bahawa pasaran motosikal moped 4 lejang berkuasa tinggi sangat menggalakkan. Sejak Yamaha memperkenalkan Y15ZR pada tahun lepas, ia telah  menjadi penanda aras baru dalam industri motosikal “kecil” yang lebih berkuasa. Sebelum ini, enjin julat 150cc hanya dibuat untuk badan naked dan street seperti Suzuki Belang R 150 dan Honda Sonic (luar negara).

Dunia telah menunjukkan arahnya. Menghasilkan enjin kapcai pada skala 15 kuasa kuda dianggap keterlaluan pada satu ketika dahulu namun hari ini, ia adalah keperluan. Faktor kos tidak lagi jadi isu, pembeli tak kisah untuk membawar harga premium sebuah moped dengan bakul. Ia memang satu pasaran yang sedang berkembang pesat.

Motosikal Sym menerusi pengedar tempatan, Mforce Bike Holding Sdn Bhd dikatakan akan memperkenalkan saingan baru dalam liga 150cc ini. Di Laman web mereka juga sudah mempromosikan “teaser” iklan Sym Super Extreme.

sym super moped

Dari beberapa gambar risikan dan info yang berlegar di alam maya, moped terbaru ini bakal menggunakan enjin 175CC, sekaligus menjadikannya  yang terbesar setakat ini untuk kapcai pasaran tempatan.

Setakat hari ini, Sym belum pernah menghasilkan enjin dengan kapasiti 175cc baik di pasaran tempatan, atau di Taiwan. Melainkan mereka melaras semula enjin T2 (250CC) dengan kapasiti kebuk pembakaran lebih kecil, atau membina sepenuhnya rangkaian enjin baru untuk bersaing. Pada foto yang dipercayai sebagai katalog awal model ini tertera perkataan “Sym Super Moped 175i”. Lazimnya aksara “i” mewakili apa yang kita terjemahkan sebagai sistem suntikan bahanapi (injection)

Sym

Di Malaysia, Sanyang Motor dari Taiwan ini telah mendapat kepercayaan tinggi dari pengguna. Saya kira, selepas jenama mainstream Jepun seperti Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki, Sym di laras yang kedua. Skuter maxi 200cc, 250cc dan 400cc mereka antara produk paling laris dalam rangkaian pasaran mereka. Mereka telah memulakan perniagaan sejak tahun 1984, produk SYM dipasarkan di lebih 87 buah negara.

Jika “super moped” ini dipasarkan, ia akan mendapat sambutan menggalakkan. Bayangkan kalau harganya dalam julat Honda Dash atau LC135, sudah tentu pembeli punya ada pilihan lain selain jenama premium RS150R dan Y15ZR. Lihat sahaja bagaimana Modenas Dinamik mencuri pasaran Yamaha 125ZR.

Akhirnya, pembeli yang untung. Cuma masalahnya bila kita nak jumpa Modenas yang belum bangkit dari lenanya. Kali terakhir Modenas lancarkan model baru ialah menerusi model CT115S. Kemudian senyap sampai ke sudah.

 

 

Kredit XE365.net

 

 

 

 

Google ads
Back to top button