Motosikal

TARUHAN SKUTER SUZUKI ADDRESS

Di pasaran tempatan, Suzuki merupakan perintis dalam segmen skuter. Ketika itu, Suzuki memulakan langkah dengan memperkenalkan Suzuki V100 sekitar 1992.

suzuki-address-mekanika (3)

Jurang vakum yang terlalu lama itu akhirnya diisi dengan pengenalan produk Suzuki Address.  Ketika majlis pelancarannya pada April lalu, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) mengatakan bahawa Address memiliki sejumlah kelebihan berbanding pesaing lainnya di kelas skuter suntikan petrol 110 cc. Apakah kelebihan berkenaan? Teruskan membaca artikel ini.

Pertama kali mendekati Address dapat dilihat Suzuki sama sekali tidak meninggalkan jejak rekaan Nex pada badan Address.

suzuki-address-mekanika (9)

Suzuki menghadirkan satu garisan yang sedikit lebih tajam pada bahagian depan. Namun secara peribadi ia seakan kurang serasi dengan bentuk lampu depan yang biasa. Tetapi, terpulang kepada selera masing-masing.

Pada bahagian sisi, skuter ini masih kelihatan kompak dan tidak terlalu gemuk. Saiz berkenaan adalah satu bonus buat pemilik apabila berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

suzuki-address-mekanika (10)

Lampu belakang motor yang sedikit tirus dan diapit lampu isyarat membelok di kanan dan kiri adalah ringkas. Rekaan mud guard belakang yang panjang memberi kelebihan ketika  hujan. Setidaknya air tidak terpercik pada pembonceng.

Begitu juga bahagian ekzos Address. Ia dilengkapi dengan perumah  yang sporty. Secara keseluruhannya, pembinaan  Address  adalah berkualiti dan sangat rapi.

suzuki-address-mekanika (13)

Selain itu, Address memiliki ruang bagasi besar dalam kelasnya iaitu 20.6 liter. Ruang berkenaan mampu memuatkan helmet muka penuh dan sedikit ruang meletak sarung tangan atau kotak kacamata.

Tidak cukup dengan itu, tersedia sepasang ruang dengan kapasiti 500 ml dan 600 ml di depan. Cukup untuk menaruh botol air mineral bersaiz kecil. Di tengah hendal juga Suzuki menyediakan penyangkut yang mampu menggantung beban hingga seberat 1.5 kg.

suzuki-address-mekanika (6)

Setelah usai meneliti Address, saya langsung duduk  di atas pelana dan menghidupkan enjin. Terasa sedikit getaran ketika enjin dihidupkan. Menurut pihak Suzuki ia adalah biasa.

Malah saya juga dapati ciri side stand switch tidak didatangkan pada Address. Sedikit kecewa kerana ciri keselamatan itu sudah menjadi standard bagi pesaingnya.

suzuki-address-mekanika (5)

Address masih selesa untuk dikendalikan. Dengan ketinggian saya 157 sentimeter bukan masalah. Masih terhidang lagi ruang yang luas pada bahagian lantai. Bahkan saya juga merasakan bukan satu masalah buat penunggang yang berketinggian 178 cm dengan kaki panjang. Hal ini kerana Suzuki mendakwa  bahagian lantai Address  lebih lega.

Menyentuh soal janaan kuasa, Suzuki masih menggunakan enjin yang sama dengan Suzuki Nex iaitu enjin 113cc SOHC dengan sistem penyejukan udara dan mengaplikasikan suntikan bahan api.  Tentunya bagi mencapai tahappenjimatan bahan api.

suzuki-address-mekanika (1)

Address memiliki tork lebih baik dengan angka 9.1Nm.  Dengan nisbah mampatan i 9.4 : 1, adalah lebih ideal jika enjin diperah sehingga 90 km/j  jika menginginkan prestasi dan tahap penjimatan petrol yang lebih baik.

Ketika ditunggang mencapai kelajuan  80 km/j keadaan enjin masih lagi selesa dan rev juga tidak terlalu panjang. Jentera juga masih lagi stabil walaupun terasa angin yang menerpa pada helmet semakin kencang.

suzuki-address-mekanika (11)

Pada pendapat saya, tenaga yang dihasilkan oleh Address adalah linear sekiranya pendikit dipulas perlahan.  Kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 100 km/j. Untuk  prestasi dengan enjin berkapasiti 113cc, ia sudah  cukup memuaskan. Tidak kalah dengan mana-mana jentera automatik  peringkat asas dalam kelasnya.

Ketika melalui jalan yang tidak rata, bantingan suspensi Address tidaklah teruk. Masih di tahap sederhana walaupun terasa sedikit keras.  Daya breknya juga cukup bagi tunggangan harian.

suzuki-address-mekanika (2)

Dijual pada harga RM5, 075 seunit, Suzuki Address adalah pilihan terbaik bagi konsumer yang menginginkan skuter dengan praktikaliti tinggi, namun tidak memiliki badan gemuk seperti Honda Spacy. Apatah lagi prestasi dan kecekapan  bahan apinya cukup memuaskan.

Lebih menarik, SAM turut menawarkan pilihan warna baharu edisi MotoGP dengan tambahan harga RM100.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button