Buletin

MRR2 SESAK, BONGKAH KONKRIT JATUH DARIPADA LORI

Satu bongkah konkrit dilaporkan jatuh daripada sebuah lori di lorong tengah jalan raya Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi tadi. 

Berdasarkan Twitter, SUKE Expressway  berkata kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE).

“#SUKE #INFOTRAFIK Satu bongkah konkrit telah jatuh dari sebuah lori (bukan dari projek SUKE) di  lorong tengah #MRR2 selepas Hillview arah ke Ampang. Patuhi arahan petugas trafik di lokasi,” tulis SUKE Expressway.

Insiden itu menyebabkan lorong tengah di jalan berkenaan terpaksa ditutup sekitar 55 minit bagi membolehkan kerja mengalihkan bongkah konkrit berkenaan selesai. Sudah pasti penutupan sementara jalan itu membuatkan trafik sesak berikutan orang ramai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Beberapa minit kemudian SUKE Expressway melaporkan  lorong itu telah dibuka semula untuk kegunaan pengguna jalan raya.

Dalam perkembangan terbaru, polis telah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori yang cuai hingga menyebabkan bongkah konkrit itu jatuh.

“Tidak ada laporan polis dibuat berhubung kejadian, namun polis sudah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak. – MalaysiaGazette, Harian Metro

Google ads
Back to top button