Buletin

TESLA KINI TERIMA BITCOIN- ELON MUSK

Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla kini menerima transaksi pembelian dengan menggunakan matawang kripto Bitcoin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk mengumumkan perkara tersebut melalui ciapan twitter.

“Para pelanggan Amerika Syarikat (AS) kini boleh membeli Tesla Model S dan rangakaian model lain dengan menggunakan Bitcoin.

“Tesla hanya menggunakan perisian dalaman dan terbuka dan mengendalikan nod Bitcoin secara langsung sahaja.

“Bitcoin dibayar kepada Tesla akan dikekalkan sebagai Bitcoin dan tidak akan ditukar menjadi mata wang fiat,” katanya.

Musk menambah para pelanggan di luar AS dapat menggunakan kaedah pembayaran tersebut dalam masa terdekat. – carbuzz

Google ads
Back to top button