Buletin

WULING MINI EV GAME BOY EDITION. NAK PIKAT GOLONGAN MUDA, HARGA BERMULA RM27,000

Wuling Hongguang memperkenalkan edisi terbaharu MINI EV Game Boy Edition dalam menarik minat golongan muda.

Model terbaharu itu tiada kaitan langsung dengan konsol game Nintendo yee.

Kenderaan elektrik (EV) tersebut ditawarkan pada harga bermual AS$6,610 (RM27,715).

Game Boy Edition merupakan versi sporty MINI EV yang menyasarkan jualan terhadap golongan muda ataupun berjiwa muda.

Selain warna hitam, edisi khas berkenaan ditawarkan dalam pilihan warna kuning, merah dan biru.

Rekaan luaran model terbaharu itu dilengkapi body kit dipadankan skirt sisi, lip hadapan dan bampar menarik dalam menyerlahkan lagi sisi sporty EV terbabit.

MINI EV Game Boy Edition turut hadir dengan lencana GameBoy (GB) pada bahagian sisi kiri pillar-C, hendal berwarna hitam, kemasan warna merah dan rim hitam.

Ruang dalaman pula, menampilkan trim berwarna merah pada bahagian pintu, konsol tengah berwarna perak, papan pemuka diperbuat daripada gentian karbon dan tempat duduk yang mendapat kemasan jahitan berwarna merah.

Game Boy Edition dijangka memasuki pasaran China pada bulan ini. – carnewschina

Google ads
Back to top button