Motosikal

MV AGUSTA AMG SOLARBEAM

Selepas Mercedes-AMG membeli 25 peratus saham MV Agusta pada November tahun lalu, kini kita sudah boleh melihat hasilnya.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (6)

Pada acara Frankfurt Motor Show 2015, MV Agusta mempamerkan jentera F3 800 yang telah menerima sentuhan dan inspirasi daripada Mercedes-AMG GT. Inspirasi itu dinamakan sebagai AMG Solarbeam.

Jentera itu dicat dengan warna hitam dan kuning bersama logo AMG pada bahagian tangki, belakang serta kowlingnya. Sementara pelekat AMG turut dilekatkan pada panel sisi dan lampu utama..

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (3)

Nadi MV Agusta ini ialah enjin tiga silinder sebaris bersesaran 798cc yang mampu menjana kuasa mencecah 148bhp @ 13,000rpm dan tork 88Nm @ 10,600rpm. Ia berupaya memecut sehingga 269km/j.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (2)

Dengan hanya seberat 173kg, bayangkan prestasi yang mampu ditawarkannya. Motosikal ini juga menampilkan beberapa ciri menarik seperti penukaran gear pantas, kawalan cengkaman dan klac jenis slipper yang biasanya ada pada jentera MotoGP.

MV-Agusta-F3-800-Mercedes-AMG-GT-mekanika (4)

Sebelum ini, Mercedes-AMG dan MV Agusta ada mengumumkan bahawa kolaborasi akan diteruskan pada masa depan dengan beberapa model sedang menunggu kelulusan.

Masih belum pasti sama ada motosikal ini akan dijual atau sebaliknya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button