Buletin

GERAN REKA BENTUK FORD

Ford Motor Company kini berusaha untuk mencari para pereka lestari pada masa depan menerusi pelancaran sulung Geran Reka Bentuk Ford.

Ford-Design-grant-mekanika (2)

Geran yang julung-julung kali diadakan itu akan menawarkan tiga pelajar rekaan berbakat yang tinggal di Asia atau Eropah akses kepada fabrik mapan Ford untuk rekaan mereka, selain geran sokongan kewangan sebanyak AS$1,000 (RM4,000).

Tiga orang pemenang yang dipilih itu akan diminta menggunakan geran tersebut untuk membangunkan pakaian busana atasan atau mewah dengan fabrik yang disediakan oleh Ford.

Ford-Design-grant-mekanika (1)

Mereka juga berpeluang mempamerkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan rekaan yang sedia untuk diperagakan. Pada masa yang sama memberi impak minimum kepada alam sekitar. Para pelajar ini akan disediakan dengan satu koleksi fabrik tempat duduk Ford yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula.

“Sejak sedekad lalu, kami telah menemui pelbagai cara untuk membangunkan kereta yang lebih hijau dengan menggunakan material mesra alam seperti botol plastik, carik kain kapas, kenaf, jerami, kacang soya dan minyak jarak.” kata Ketua Pereka Bentuk Kumpulan Konsep Strategik, Ford Motor Company, Chelsia Lau.

Ford-Design-grant-mekanika (5)

Sebagai tambahan kepada geran tersebut, Ford juga akan terus bekerjasama dengan redress – sebuah NGO yang komited untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar dalam industri fesyen – menganjurkan acara Cabaran Reka Bentuk Ford pada pertandingan Anugerah Reka Bentuk EcoChic 2016.

Pakaian yang memenangi cabaran ini akan dipamerkan di pentas peragaan Minggu Fesyen Hong Kong yang merupakan sebahagian daripada pertunjukan fesyen Anugerah Reka Bentuk EcoChic.

Ford-Design-grant-mekanika (4)

Permohonan untuk Geran Reka Bentuk Ford dibuka pada 21 September 2015. Para pelajar boleh memohon menerusi laman web Geran Reka Bentuk Ford: www.digitalsnippets.ford.com/fordgrant

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button