Motosikal

RASMI: MV AGUSTA ENDURO VELOCE 2025 – 124HP, 102NM

MV Agusta dengan rasminya melancarkan MV Agusta Enduro Veloce untuk pasaran global sekaligus menjadi model ‘adventure’ pertama jenama Itali itu. 

Menariknya, MV Agusta akhirnya memilih nama Enduro Veloce bagi motosikal ADV mereka selepas mencuba nama Lucky Exlporer 9.5 dan LXP Orioli sebelum ini. 

Menurut MV Agusta, pengeluaran Enduro Veloce ini akan bermula Mei tahun ini dan dijangka tiba di pengedar seluruh dunia pada penghujung tahun. Namun, kami tidak pasti bila model ini akan memasuki pasaran tempatan.

Untuk rekod, Enduro Veloce ini dikuasakan enjin tiga silinder 931cc yang sama diguna pakai pada LXP Oriloi dan menawarkan 124hp dan 102Nm. 

Enjin tersebut menawarkan lapan tetapan ‘traction control’ yang merangkumi lima tetapan untuk jalan raya, dua untuk ‘off-road’ dan satu untuk permukaan basah. 

Jelas MV Agusta, segala tetapan itu akan dipertingkat bergantung kepada penggunaan tayar jenis ‘road’ atau ‘off-road’. Ini secara tak langsung bererti Enduro Veloce mempunyai 16 tetapan ‘traction control’. 

Antara pakej elektronik ditawarkan termasuk:

  • launch control
  • anti-wheelie
  • cornering ABS
  • 4 mod menunggang; Urband, Touring, Off-Road dan Custom
  • 6-axis IMU

Segala tetapan jentera pula boleh diakses menerusi paparan TFT 7-inci. 

Sementara itu, pakej suspensi merangkumi fork 48mm dari Sachs yang dipadankan bersama penyerap hentak dengan jarak gerak 210mm. Suspensi depan dan belakang juga menawarkan pelarasan ‘rebound’, ‘compression’ dan pra-beban. 

Dalam pada itu, brek pula terdiri dari kaliper brek berkembar jenis Brembo Stylema yang mengapit cakera brek 320mm depan dan 265mm belakang. 

Selain itu, pelana pula boleh diselaraskan ketinggian dari 870mm kepada 850mm. 

GALERI: MV AGUSTA ENDURO VELOCE 2025

Google ads
Back to top button