Motosikal

MV AUGUSTA DAH TERIMA 15,000 PRA-TEMPAHAN LUCKY EXPLORER ADV

Jenama MV Augusta yang mula dikuasai sepenuhnya kelaurga Sardarov pada tahun 2019 semakin menunjukkan ‘belang’ dalam persada automotif dua roda.

Bahkan, jenama berkenaan mula mengembangkan sayap dalam segmen adventure dengan pengenalan model Lucky Explorer.

Model berkenaan yang mula didedahkan pada EICMA 2021 menawarkan dua varian iaitu 5.5 dan 9.5.

Melalui Project Lucky Explorer, ia bukan sahaja menandakan barisan baharu jenama berkenaan tetapi kerjasama strategik bersama pembikin China, QJ Motors.

Menariknya, jentera terbaharu berkenaan telah memperoleh pra-tempahan sebanyak 15,000 unit.

Model Lucky Explorer 9.5 merupakan produk sepenuhnya keluaran Itali manakala Lucky Explorer 5.5 mendapat sentuhan pengeluar China, QJ Motors dengan menggunakan platform sama Benelli TRK 502.

CEO MV Augusta, Timur Sardarov memberitahu Lucky Explorer terbaharu akan dibangunkan di Varese, Itali.

“Sehingga kini, kami telah menerima sebanyak 15,000 pra-tempahan untuk model berkenaan.

“Kita akan akan membikin 9,000 unit pada tahun ini. Iamerupakan dua kali ganda berbanding produksi pada tahun lalu.

“Syarikat akan memperluaskan portfolis dengan pengeluaran skuter elektrik, e-bike dan jenama gaya hidup,” katanya. – rideapart.

Google ads
Back to top button