
CIVIC TYPE R 2023 PECAH REKOD DI SUZUKA! KALAHKAN CIVIC TYPE R LIMITED EDITON!
Honda Civic Type R 2023 yang bakal dilancar beberapa bulan lagi (musim panas 2022) dan sudah pun menunjukkan taringnya.
Hatchback ikonik itu berjaya mencatat rekod baharu bagi kategori kereta pacuan depan di Litar Suzuka, Jepun.
Masa yang dicatatkan di litar dengan jarak 5.79 kilometer yang juga lokasi perlumbaan Formula 1 ialah 2 minit 23.120 saat.
Rekod itu dibuat oleh kereta pembangunan akhir pada 14 Mac 2022 dengan masa lebih pantas berbanding Civic Type R (FK8R) Limited Edition yang dibuat di litar sama pada tahun 2020.
Civic Type R Limited Edition bukan model biasa, ianya berorientasikan litar dan lebih ringan berbanding Civic Type R standard hasil penggunaan komponen berikut:
- Roda aluminium forged ringan dari BBS, berat berkurang 8.16 kg.
- Tayar Michelin Pilot Sport Cup 2, berat berkurang 0.45 kg setiap satu tayar.
- Pengurangan bahan kedapan bunyi, berat jimat 12.7 kg.
Kuasa dari enjin 2.0-liter VTEC® Turbo kekal pada 306 hp dan tork 400 Nm. Masa yang dicatatkan di Litar Suzuka ialah 2 minit 23.993 saat.
Maklumat teknikal Civic Type R 2023 belum didedahkan dan dengan rekod baharu ini adakah ianya lebih berkuasa dan tangkas berbanding Civic Type R terdahulu? Mungkin ya.
Dari beberapa gambar awalan yang dikongsikan berikut adalah ciri-ciri Civic Type R 2023:
- Bampar depan agresif dengan bukaan udara yang luas dan liang di tepi.
- Fender lebih kembang berbanding Civic Hatchback.
- Liang pada fender lebih kecil berbanding FK8R.
- Corak roda seperti FK8R.
- Brek depan Brembo.
- Skirt sisi dengan sirip ala FK8R.
- Bahagian bawah bampar belakang dengan diffuser ala FK8R.
- Ekzos tiga corong.
- Spoiler belakang tinggi kekal tetapi dengan reka bentuk lebih sederhana dan ‘kaki’ lebih kecil.
- Tiada sirip bumbung seperti FK8R.
Sebagai imbas kembali, Civic Type R pada 2017 mencatatkan rekod baharu kereta produksi pacuan roda depan di litar Nürburgring dengan masa 7 minit 43.8 saat.
BACA: KENALI C30A. ENJIN LAGENDA HONDA NSX!
BACA: HONDA MULA UJI KERETA AUTONOMOUS DI JEPUN!
BACA: HONDA CIVIC TYPE R LIMITED EDITION HABIS TERJUAL DALAM MASA KURANG 4 MINIT





