
YAMAHA MT-09 2021 KINI DI MALAYSIA. ENJIN BAHARU, 2 PILIHAN WARNA, BERMULA RM54,988
Hong Leong Yamaha Motor hari ini melancarkan model baharu dalam rangkaian motosikal berkuasa tingginya, Yamaha MT-09.
Jentera naked tersebut dijana enjin tiga silinder yang baru dibangunkan berkapasiti 889cc. Enjin itu adalah lebih ringan, pantas dan berkuasa yang menawarkan lebih tork pada julat rpm rendah. Kuasa 119PS dan tork 93Nm itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan.
Selain enjin baharu, MT-09 hadir dengan chasis dan bodywork lebih ringan. Sekali gus menawarkan tunggangan stabil, pengendalian yang mantap dan stabil.

Tidak cukup dengan itu, MT-09 turut dilengkapi Inertial Measurement Unit (IMA) 6 paksi baharu yang terdiri daripada tiga sistem bantuan penungangan iaitu Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS) dan sistem kawalan LIFt untuk roda hadapan. Semua sistem tersebut bekerjasama untuk membolehkan penunggang memaksimumkan potensi motosikal.
Dari segi penampilan, MT-09 hadir dengan lampu belakang LED dengan bentuk Y. Di samping lampu utama B-Functional LED dan skrin paparan TFT berwarna bersaiz 3.5 inci lengkap dengan takometer jenis bar yang akan bertukar warna apabila RPM naik atau turun.

Penunggang juga boleh menukar mode paparan menerusi butang yang ada pada bar hendal.
M-09 2021 didatangkan dalam warna biru dan Storm Fluo. Ia ditawarkan pada harga RM54,998 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).
300 orang pembeli terawal akan menerima beg kunci daripada Roya Selangor. Manakala setiap pembelian akan dihadiahkan dengan kunci cakera.
- BACA: HLYM PERKENAL YAMAHA Y16ZR VERSI DOXOU. TERHAD 5K UNIT SAHAJA, RM11,688
- BACA: HLYM LANCAR YAMAHA TMAX 560 2021, BERMULA RM72K. DEDAH TRACER 9 GT & MT09
- BACA: BIARPUN DIKECAM, YAMAHA RX-Z NOS BIRU BERJAYA DIJUAL PADA HARGA RM60K
- BACA: YAMAHA MT-25 2021 TERIMA WARNA BAHARU, YAMAHA BLUE DAN STORM FLUO. HARGA SAMA RM21.5K
GALERI