Buletin

NAK PERGI MANA SEDAN TU?

Rakaman sebuah jentera sedan yang terlanggar tiang jalan pada September tahun lalu di China mula meraih perhatian media sosial.

Ia berikutan kejadian tersebut merupakan antara kemalangan pelik yang pernah terjadi.

Melalui rakaman dashcam, sedan berwarna putih terbabit sedang menuju laluan keluar lebuh raya.

Bagaimanapun, pemandu berkenaan telah melanggar penghadang kemalangan sebelum kenderaan terjungkit mendongak ke awan.

Kemungkinan akibat hentakan yang kuat di bahagian hadapan menyebabkan kenderaan berada dalam keadaan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu mengalami sebarang kecederaan ataupun  tidak tetapi kalau melihat kepada rakaman video terdapat dua wanita yang berada berdekatan kenderaan itu. –agensi.  

Google ads
Back to top button