Buletin

NAK TENGOK YAMAHA NVX? DATANG HARI INI DI PERLUMBAAN CUBPRIX, MAEPS SERDANG

Dilancarkan pada awal minggu ini, Yamaha NVX nampaknya mencetus satu fenomena baru bagi peminat skuter tempatan. Ia mendapat liputan meluas media dan skuter ASEAN ini merupakan model kecil yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini.

Semalam, pelancaran umum Yamaha NVX dillakukan di MAEPS, Serdang, bersempena dengan perlumbaan cub prix yang sedang berlangsung. Hari ini, ia akan dipamerkan sehingga jam 6 petang nanti. Kepada anda yang berhasrat untuk melihat dari dekat, bolehlah ke sana untuk mendapatkan gambaran rupa NVX sebenar.

Model ini belum tiba di pusat pameran dan jualan Yamaha. Namun ia sudah boleh ditempah dan harganya ialah RM10,500 (tanpa atas jalan). DI bawah ialah ciri-ciri menarik dan spesifikasi NVX

BACA: GALERI FOTO YAMAHA NVX

1) Lampu depan dan belakang LED.
2) Brek depan besar dilengkapi dengan system ABS.
3) Fork depan lebih besar bersaiz 26mm untuk tunggangan lebih mantap.
4) Ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet.
5) Ruang simpanan mini bersama soket elektrik untuk mengecas telefon.
6) Dilengkapi skrin LCD 5.8 inci.
7) Sistem kunci pintar (keyless) dengan immobilizer
8) Didatangkan dengan Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
9) Pemegang belakang bersepadu menjadikan reka bentuk lebih moden dan dinamik.
10) Tayar tubeless bersaiz 110/80-14 di depan dan 140/70-14 di belakang.
11) Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan cirri keselamatan.

SPESIFIKASI NVX 155:
Enjin: SOHC 4-lejang, penyejukan cecair, silinder tunggal
Nisbah Mampatan: 10.5: 1
Sesaran: 155 cc
Kuasa maksimum: 11 kW (15 PS) @ 8000 rpm
Tork maksimum: 13.8 Nm @ 6250 rpm
Sistem penghidup: Elektrik
Sistem minyak: Pancitan bahan api
Jenis transmisi: V-belt automatik
P x L x T: 1,990mm X 700mm X 1, 125mm
Jarak roda: 1, 350mm
Berat: 118kg
Saiz tangki: 4.6L
Jenis rangka: Underbone
Suspensi depan: Fork after/ spring/ peredam hidraulik
Suspensi belakang: Spring penyerap hentak/peredam hidraulik
Tayar depan: 110/80-14M/C 53P
Tayar belakang: 140/70-14M/C 62P
Brek depan: Cakera, 230mm
Brek belakang: Brek dram 130mm

Google ads
Back to top button