Buletin

REMAJA 19 TAHUN CURI TOYOTA SUPRA. DITAHAN KETIKA SEDANG LEKA MEMANDU

Polis Stamford, Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan bahawa seorang remaja menjadi dalang kes curi sebuah Toyota Supra di sebuah pusat jualan kenderaan, lapor akhbar Greenwich Time.

Terdahulu, Toyota ada melaporkan sebuah Supra berwarna biru itu dicuri di East Main Street pada jam 1.30 petang. Kereta sport itu berharga AS$57,000 (RM243,138).

Bagaimanapun, seorang pegawai pusat penjualan kenderaan berkenaan, Jamie Torres terjumpa kereta sport itu dipandu di sebatang jalan raya.

Ketika kejadian, beberapa anggota polis termasuk ketuanya, Tim Shaw sedang mengedarkan pelitup muka kepada komuniti penduduk di kawasan berhampiran. Polis kemudian bertindak menahan kereta Toyota Supra itu dengan pantas.

Polis berjaya menahan remaja yang memandu kereta sport itu, Milton Cruz, 19, dari Hurst Street, Bridgeport atas dakwaan mencuri barangan peribadi.

Cruz kini ditahan dengan bon jaminan sebanyak AS$25,000 (RM106,653). Menurut laporan polis, ketika kejadian kereta sport itu dibiarkan tidak berkunci. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button