Buletin

NISMO LANCAR KIT NAIKTARAF EKZOS UNTUK NISSAN Z 2023

Divisyen NISMO baru-baru ini mengumumkan pakej naiktaraf yang boleh dibeli oleh para pemilik Nissan Z 2023, dan ia sekaligus merangkap kit naiktaraf rasmi pertama daripada NISMO.

Pakej naiktaraf tersebut berupa peredam sports yang diperbuat daripada keluli kalis karat dengan kemasan logo NISMO pada bahagian tip ekzos.

Menurut NISMO ia mampu menghasilkan not ekzos yang ‘lebih ringan dan selesa’ dari pemanduan normal hinggalah kepada pemanduan berkelajuan tinggi.

Pakej peredam sports NISMO ini amat sesuai untuk semua varian Nissan Z 2023, dengan harga jualan di Jepun bermula dari 308,000 yen (RM10,495).

Google ads
Back to top button