Buletin

YOUTUBER JUMPA SYURGA SKYLINE DI CELAH KEBUN SAYUR DI JEPUN. HARGA R34 NON TURBO 4 PINTU, RM8K SAHAJA!

Ketika stok jentera Nissan Skyline di seluruh semakin merosot dan menjadi buruan ramai, lain pula kisahnya dengan sebuah syarikat pengedar kereta Nissan di bandar kecil Shimotsuma, Jepun. 

Dikenali sebagai Trust Kikaku, ia merupakan firma yang pakar dalam apa jua berkaitan Nissan Skyline, termasuklah varian GT-R.  

Mungkin ramai yang tak pernah terfikir bahawa kedai yang terletak di antara kebun-kebun sayur  dan kurang 5 minit dengan litar drift itu menyimpan puluhan unit Nissan Skyline.

Lebih menarik lagi, boleh kata semua kereta itu berada dalam keadaan cukup baik. Siap dibungkus dengan plastik lagi kau! 

Pendedahan ini dibuat oleh seorang YouTuber dari Australia, Sammit  yang terbang kali kedua ke Jepun untuk mencari alat ganti Skyline. Nasib Sammit cukup baik apabila pemilik Trust Kikaku membawanya ke sebuah gudang rahsia. 

Di bahagian luar lokasi yang tidak didedahkan itu, terdapat barisan kerangka pelbagai model Skyline disusun rapi. Tetapi, sebaik sahaja masuk ke dalam gudang tersebut, anda mesti terkejut dengan apa yang ada. 

Terdapat model R32, R33 dan R34 dalam pelbagai varian sama ada dua atau empat pintu, turbo dan non-turbo, manual, automatik, ada sunroof dan sebagainya. Semuanya sedia untuk dijual pada harga yang mungkin kedengaran tidak masuk akal. 

Sebagi contoh, sebuah R34 empat pintu dengan enjin non-turbo hanya AS$2,000 (RM8,300) seunit. Manakala R34 GTT (25GT Turbo) pula berharga cuma AS$9,000 (RM38,000).

Jika berminat, pelanggan dari luar negara boleh membeli kereta ini. Mereka bagaimanapun perlu menanggung semua kos pengurusan dan pengangkutan, selain caj menyimpan kereta tersebut hanya AS$50 (RM210) sebulan.  

Trust Kikaku juga menawarkan pelbagai jenis alat ganti untuk dijual. Di dalam bilik lain di gudang yang sama, tersimpan puluhan rim Nismo GT4, panel badan, hud, blok enjin dan transmisi Getrag.

Malah, alat ganti yang sukar diperolehi seperti  strut tower titanium NISMO OEM untuk model R34, cover tali pinggang keledar dengan logo Skyline GT-R dan banyak lagi sedia untuk dibeli. 

Memang gila!

Google ads
Back to top button