
TIADA LAGI TOYOTA 86, TUKAR NAMA JADI GR86
Toyota 86 dan Subaru BRZ sememangnya terkenal sebagai jentera yang mampu menawarkan keterujaan memandu sebuah kereta sports pada harga mampu milik (di luar negara, di Malaysia, harga masih Yahudi).
Namun, jumlah jualan yang semakin merosot setiap tahu membuatkan masa depannya masih samar. Namun, syukur kedua-dua jentera itu bakal diganti dengan model baharu tidak lama lagi.
Memetik laporan Autocar, Toyota 86 akan ditukar namanya menjadi GR86. Ini sekali gus meletakkannya sebaris dengan beberapa model berprestasi tinggi lain seperti GR Supra, GR Yaris dan hypercar GR Super Sport yang dijadual diperkenalkan kelak.

Berbanding model sedia ada, GR86 akan menerima banyak perubahan yang signifikan. Jika sebelum ini ia dibina di atas platform Subaru, model baharu itu dijangka menggunakan platform TNGA Toyota. Subaru sekali lagi akan menyumbangkan enjin flat four miliknya.
Enjin 2.0 liter aspirasi biasa (N/A) akan diganti dengan enjin turbo bersesaran 2.4 liter yanbg kini digunakan pada model Ascent, Legacy dan Outback. Pada Subaru Ascent, enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 255hp. Sedangkan enjin pada 86 sekarang berkuasa 205hp sahaja.
Ruang kabin juga pasti menerima perubahan besar dengan material berkualiti tingga dan paparan digital.
Biar apapun rupa atau teknologinya nanti, harga GR86 mestilah lebih rendah berbanding GR Supra serta pesaingnya dari Eropah seperti Audi TT dan BMW Z4.