Buletin

NISSAN SKYLINE GT-R HAKOSUKA 1972 BAKAL DILELONG DI NZ – HARGA MUNGKIN CECAH RM1.09 JUTA

Mungkin ramai yang beranggapan Nissan GT-R R32 dengan enjin V8 ialah kereta Jepun pertama menggunakan tiga huruf popular itu. Sedangkan sejarah GT-R jauh lebih lama dari itu.

Menjadi model GT-R paling popular dan digelar Godzilla kerana kuasanya, model pertama yang menggunakan nama GT-R sebenarnya lebih relaks, tetapi sangat kompetitif pada zamannya.

Sebuah coupe kecil dengan kod KPGC10 ini lebih dikenali sebagai Hakosuka dalam kalangan peminat fanatiknya. Kereta sports era 1970-an itu dibina untuk bersaing dengan model seperti Mazda RX-3.  

Hakosuka sebenarnya mengikut jejak langkah model C10 Skyline yang menjadi model pertama yang menggunakan lencana GT-R.

Selepas memasuki arena perlumbaan di Jepun, ia berjaya menjuarai 49 daripada 50 saingan yang disertainya.

Dengan sejarah yang begitu hebat dimiliki oleh kereta ikonik ini, maka tidak hairanlah jika ia dikatakan bakal dilelong pada harga NZD$400,000 (RM1.09 juta).

Hanya mencatat perbatuan sejauh 81,000km boleh dikatakan bahawa kereta ini dijaga dengan baik dan mungkin dipandu pada hujung minggu sahaja. Dutton Garage menyatakan kereta itu diimport dari Jepun.

Daripada foto-foto yang disediakan, kondisi bahagian luaran dan dalaman Hakosuka itu masih lagi sangat cantik. Menjengah ke ruang enjin, ia juga cukup bersih.

Adakah ia akan dapat mencapai harga yang diramalkan itu? Kita tengok lah nanti.

Google ads
Back to top button