YAMAHA LANCAR SKUTER COMEL UNTUK TAIWAN, VINOORA & VINOORA M
Yamaha baru-baru ini memperkenalkan sebuah skuter comel untuk pasaran Taiwan.
Dikenali sebagai Vinoora, skuter berkenaan tampil dengan rekaan dua unit lampu LED berbentuk bulat di bahagian hadapan yang sekali pandang kelihatan seperti watak kartun popular.
Bahagian belakang pula dipasang dengan sebuah lampu LED bulat berwarna merah. Maklumat tunggangan kemudian dipaparkan menerusi sebuah meter yang juga berbentuk bulat.
Skuter tersebut digerakkan oleh enjin selinder tunggal dengan teknologi EFI.
Dipadankan dengan kotak gear CVT, ia menawarkan penggunaan bahan api cuma 1.73 liter untuk setiap 100km. Penjimatan itu dibantu oleh sistem start-stop, manakala tangkinya cuma berkapasiti 4 liter.
Roda hadapan dipasang dengan suspensi jenis fork teleskopik dan penyerap hentak tunggal untuk roda belakang.
Tugas membrek pulak diserahkan kepada brek cakera hidraulik di hadapan dan brek gelendong di belakang. Aspek kemudahan ditingkatkan dengan satu slot pengecasan USB dan ruang penyimpanan barang di bawah pelana.
Vinoora ditawarkan dalam empat warna. Varian lebih tinggi iaitu Vinorra M hadir dalam warna hitam matte, perumah lampu hadapan berbeza, rel pemegang untuk pembonceng dan tempat duduk dibalut kulit berwarna coklat.
- BACA: YAMAHA PERKENAL MODEL NAKED MT-25, RM21,500 SEUNIT. PREBIU MT-15, MULA JUAL NOV 2020
- BACA: HONDA, YAMAHA, KAWASAKI & SUZUKI BEKERJASAMA HASILKAN SISTEM PENUKARAN BATERI UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK
- BACA: YAMAHA NMAX 2020 BAKAL LANCAR MINGGU DEPAN?
- BACA: YAMAHA Y15ZR GP EDITION 2020. DAPAT SIJIL DAN JAM PINTAR. HARGA RM8,868
GALERI