Buletin

NISSAN X-TRAIL (ROUGE) 2021. LEBIH BESAR, MEWAH DAN AGRESIF

Sebelum ini kita sudah banyak tengoj imej paten, spyshots dan rendering. Tetapi sekarang muncul pula beberapa keping gambar model Nissan X-Trail (Rouge) 2021. 

Dikongsi oleh pengguna instagram @Kurdistan_Automotive_Blog  gambar yang sedikit kabur itu menunjukkan X-Trail baharu tersebut kini lebih besar, berpetak dan agresif berbanding model sebelumnya. 

Pada bahagian hadapan, SUV itu tampil dengan gril rekaan V-Motion yang sama pada semua model baharu Nissan. Ia kemudian dilekatkan dengan logo baharu Nissan yang kita pernah lihat pada model konsep Ariya. Gril berkenaan diapit leh sepasang lampu LED nipis. 

Jika diteliti, susunan lampu hadapan yang terpisah itu meniru konsep lampu Nissan Juke generasi pertama. Lampu pada bahagian atas ialah lampu nyalaan siang (DRL). Sementara lampu utama diposisikan lebih rendah pada fascia hadapan. 

Bahagian belakang pula menunjukkan rekaan lampu yang lebih bersegi dengan kemasan krom pada bawahnya.

Gambar ini didakwa varian tertinggi iaitu Rouge Platinum. Jadi ia hadir bersama kemasan dalam berwarna coklat pada papan pemuka dan panel pintu. 

Nissan memasang satu skrin sentuh seperti tablet dengan susun atur kabin kelihatan tidak jauh berbeza dengan model Sentra, Kicks dan trak pikap Titan. Sistem infohibur dengan skrin sentuh itu menawarkan ciri Apple CarPlay tanpa wayar. 

Tempat duduk pula dibalut kulit dengan jahitan benang berwarna coklat.   

Gambar ini seolah-olah memberi petanda bahawa Nissan sudah bersedia untuk melancarkan X-Trail baharu dalam masa terdekat.

Nissan dikatakan cuba untuk memulakan produksi pada selewat-lewatnya hujung tahun ini.  

GALERI

Google ads
Back to top button