Motosikal

DUCATI DIAVEL 1260 S KINI SUDAH BOLEH DITEMPAH

Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan Ducati Diavel 1260 S yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ke pasaran tempatan.

Jentera tersebut didedahkan secara eksklusif kepada ahli kelab Desmo Owners Club (DOC) Malaysia dan rakan-rakan media.

Memiliki rekaan luar biasa dan unik, Diavel 1260 S menawarkan pengendalian sebuah sport naked yang mantap. Reka bentuk yang tersendiri membolehkannya memenangi anugerah “Red Dot Award 2019: Best of the Best”.

Sesuai untuk tunganggan harian dan touring, motosikal itu dikuasakan oleh enjin Testastretta DVT 1262 yang mampu menjana kuasa 159hp.

Menggunakan chasis yang telah dinaik taraf, ia kini lebih responsif di atas apa jua permukaan jalan.   

Diavel 1260 S dilengkapi pelbagai sistem tunggangan elektronik yang canggih seperti Bosch Cornering AB serta Ducati Quick Shift up & down (DQS).

Tunggangan mantap disumbangkan oleh suspensi Öhlins boleh laras dan sistem brek berprestasi tinggi.

Dijangka dilancarkan pada suku kedua 2019, Diavel 1260 S sudah boleh ditempah di semua pengedar sah Ducati di seluruh negara.

GALERI

Google ads
Back to top button