Modifikasi

OLDSKOOL MEGA GATHERING

Oldskool Mega Gathering, atau OMG mungkin satu-satunya pameran kereta yang lebih bersifat gigs. Lepak-lepak, jumpa kawan, beli belah, hisap vape, ambil gambar dan duduk santai.

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (8)

Pertandingan autoshow yang dibuat pun bukanlah acara utama. Sebaliknya, OMG lebih fokus kepada semangat setiakawan dalam kalangan ahlinya.

Masuk ke tahun ke-7, OMG benar-benar telah matang dalam acara yang dianjurkannya. Saya masih ingat lagi pertama kali mereka anjurkan di Tasik Permaisuri, macam tak serupa event pun ada, macam lepak petang-petang minum teh tarik.

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (2)

Tetapi dari situlah titik permulaan yang mengumpulkan sejumlah besar peminat kereta lama di Malaysia. Hingga ke hari ini, kalau ikut pada jumlah peserta dan penonton, tidak kurang seribu buah kereta olskool boleh anda jumpa di tapak pameran dan kawasan parkir sekitarnya.

Zaman berubah dan menjanjikan perubahan dari sudut perkembangan automotif kereta buruk ini. Kalau dulu, kereta yang datang semuanya dah bersedia dengan cat kilat-kilat rim kaw kaw mangkuk dulang bagai. Namun, dua tiga tahun kebelakangan ini banyak yang sekadar asal sempat siap.

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (9)

Kereta baru tarik dari semak-samun pun ada. Parkir di atas rumput di Dataran Ayer Keroh dengan pemandangan jerebu, apabila tengok dalam gambar balik rasa macam di Amerika.

Konsep pameran dan pasar malam memang membuatkan acara ini hidup. Bergerak tanpa kepentingan politik atau mana-mana ADUN perlu nak rasmi. Penaja pun tak payah lah. Acara pun antara pejuang olskool sahaja, bukan nak komersial sangat.

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (11)

Apa yang penting, setiap tahun walaupun bergerak sendiri, OMG memang sangat berjaya. Saya memang kagum kalau tengok kereta-kereta yang main dalam scene ni. Tengok saja RetroHavoc, Art Of Speed. Pelik bin ajaib, sebab pameran kereta olskool pulak yang mengada-ngada sekarang ni. Anda tengok pameran autoshow kereta lampu bulu-bulu tu setakat mana perginya?

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (10)

Seperti tradisi sebelum ni, pameran berlangsung selama sehari, di kawasan terbuka dan masuk percuma. Dalam banyak-banyak pusingan yang pernah saya kunjungi, saya rasa yang OMG ke-7 paling happening. Mungkin sebab lokasi strategik dan keadaan cuaca jerebu jadi kurang panas. Kalau tak ada jerebu alamatnya jadi macam kat Sg. Petani tahun lepas, panas gile.

Banyak juga muka-muka baru yang datang macam Honda City Turbo II. Tak lama lepas tu saya pun tengok di mudah.my kalau-kalau ada nak jual harga muslimin. Tak jumpa la pula. Kereta rare macam B130, 510 fully restored (katanya jadi king hari tu eh?) dan pikap panjang pendek, volkswagen, kereta P Ramlee pekebenda ntah, saya pun bukan terer sangat pasal olskool ni.

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (14)

Apa yang pasti, acara ini memang cun dan meriah. Sebab saya pun tak taulah gril yang dia orang jual di khemah pun ada sampai harga RM2,000? Jadah? Baik beli EX5! – kata seorang mat rempit yang baru pulang daripada perhimpunan baju merah.

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (3)

Baiklah, cerita banyak pun tak guna. Anda layan tengok gambar ni. Kalau kelabu sikit tu normal lah, jerebu tu IPU 450 bang.

GALERI

oldskool-mega-gathering-7-mekanika (2)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (1)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (4)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (6)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (7)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (13)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (5)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (16)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (15)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (21)oldskool-mega-gathering-7-mekanika (26)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button