Buletin

TAMPAL PELEKAT NEON PADA TANDUK LEMBU. ELAK KEMALANGAN

Polis Madhya Pradesh India menampal pelekat neon pada tanduk lembu liar dalam usaha membendung kemalangan jalan raya di kawasan luar bandar pada waktu malam.

Jalur neon terbabit akan memantulkan cahaya sekali gus memberi amaran kepada para pemandu kenderaan.

“Haiwan-haiwan terbiar ini menyebabkan kemalangan di kawasan luar bandar.

“Berikutan itu, dengan kerjasama penduduk setempat, pihak kami menampal pelekat neon pada bahagian tanduk haiwan berkenaan,” kata Inspektor Ajay Gurjar dari Balai Polis Shipra.

Dia menambah, langkah tersebut dapat memberi amaran kepada para pemandu dari jarak jauh kedudukan haiwan terbiar itu. – agensi

Google ads
Back to top button