Buletin

BREMBO CIPTA CAKERA BREK KERETA BERKILAT MACAM CERMIN

Jika anda mahu lihat wajah sendiri pada cakera brek kereta, Brembo kini ada satu produk buat anda.

Ini kerena rotor brek Brembo Greentive baharu mempunyai kemasan seperti sekeping cermin. Permukaan yang berkilat itu bagaimanapun bukanlah untuk tujuan estetik.

Sebaliknya, Brembo mendakwa bahagian itu mampu bertahan lebih lama berbanding cakera brek konvensional selain mempunyai tahap ketahanan daripada hakisan yang tinggi.

Untuk membuatkan cakera Greentive lebih unik, ia kemudian menerima satu lapisan menggunakan teknologi High-Velocity-Oxy-Fuel. Lebih menarik lagi, brek Greentive kurang mengeluarkan habuk dan lebih bersih.

Bagi memberi petanda kepada pengguna bilakah rotor perlu ditukar, logo Brembo dicetak di atas permukaan cakera berkenaan. Brembo percaya cakera brek tersebut sesuai untuk kereta elektrik kerana cara penggunaan breknya adalah berbeza berbanding kenderaan biasa.

Pengeluar brek itu juga memberitahu Greentive boleh digunakan bersama semua jenis rotor brek.

Setakat ini, Brembo tidak memberi perincian mengenai berapakah harga dan bilakah Greentive akan mula berada di pasaran.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk mencuba dan melihat sama ada ia benar-benar berkilat seperti cermin atau ia sekadar gimik pemasaran semata-mata.

Google ads
Back to top button