Buletin

PERODUA TWECKBOT KEMBALI. PATUHI SOP NORMAL BAHARU

Setelah beberapa bulan dihentikan sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), Perodua Tweckbot kini kembali dengan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang lebih komprehensif untuk melindungi para pelanggan dan kakitangannya.

Perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma paling lama dilaksanakan ini akan bertempat di Tesco Extra Bukit Tinggi Klang pada hari Sabtu dan Ahad ini (12hb dan 13hb September) bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Tweckbot akan memeriksa lebih 50 poin pada kenderaan Perodua termasuk enjin, transmisi, sistem penyejukan kenderaan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan sistem elektrik.

Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang menyeluruh akan dilaksanakan. Ia akan menjadi prosedur operasi normal baharu untuk Tweckbot selepas ini.

Semua pelanggan Tweckbot diminta menjalani pemeriksaan suhu dan perlu mematuhi protokol pengesalan kenalan seperti yang diarahkan oleh kerajaan.   

Stesen Tweckbot akan disesuaikan dengan susun atur yang lebih luas untuk ruang menunggu, khidmat nasihat dan pemeriksaan kenderaan. Ini bagi meminimumkan pergerakan dan keseluruhan stesen akan dikosongkan serta disanitasi dua kali sehari.

Juruteknik Perodua akan memakai pelindung muka setiap masa dan setiap kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas pemeriksaan. Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup mulut juga adalah pada setiap masa.

Bagi melindungi orang ramai, jumlah kenderaan yang diperiksa adalah terhad kepada slot berdasarkan ‘first-come, first-served’.

Tweckbot juga akan berada di Tesco Puncak Alam pada 19hb-20hb September dan Tesco Extra Ampang bermula 26hb-27hb September, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20% yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads
Back to top button