,
Buletin

TEMPAHAN HONDA CIVIC FACELIFT 2019 KINI DIBUKA – ADA HONDA SENSING

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Civic facelift telah dibuka.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat 2019, pelanggan boleh menempahnya di mana-mana 98 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Civic generasi ke-10 merupakan sedan paling laris dalam segmen C di Malaysia dengan angka jualan lebih 50,000 unit setakat Ogos 2019. Sejak dilancarkan pada tahun 2016, Civic menguasai 82 peratus pasarannya.

 Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Sejak diperkenalkan buat pertama kali pada 2001, lebih 133,000 unit Civic telah terjual di Malaysia.

“Civic facelift yang dipasang tempatan ini akan dipasang dengan ciri keselamatan termaju Honda SENSING. Sekali gus dapat menawarkan pakej yang lengkap kepada pelanggan.”

Sedan itu nyata menyumbang untuk mengekalkan Honda sebagai peneraju segmen bukan nasional.

Selain enjin 1.8 liter aspirasi biasa (N/A), Civic turut hadir dengan enjin turbo 1.5L VTEC. Mampu menjana kuasa mencecah 173PS dan tork 220Nm, ia dipadankan dengan kotak gear CVT yang menjanjikan penjimatan bahan api.

Varian teratas Civic bakal dipasang dengan pakej penuh Honda SENSING. Ia terdiri daripada tiga kategori yang mepunyai lapan ciri iaitu Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High-Beam (AHB). Tidak ketinggalan, kamera Honda LaneWatch.

Selain itu, Civic baharu juga hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti lampu utama dan lampu kabus LED, bampar rekaan baharu berwarna hitam, spoiler belakang, rim aloi bersaiz 18 inci dan banyak lagi.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian tol percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Tags
Google ads
Back to top button