Buletin

PAKAI TOPI KELEDAR DI DALAM PEJABAT. KENAPA PULAK NI?

Gambar yang menunjukkan kakitangan kerajaan jabatan elektrik di Banda, Uttar Pradesh memakai topi keledar di dalam pejabat baru-baru ini tular di internet.

Mereka dikatakan berbuat demikian kerana bimbang dengan keselamatan diri kerana keadaan pejabat yang sangat uzur. Gambar yang dikongsi oleh agensi berita ANI News UP itu nyata mendapat perhatian ramai. Sejak dikongsi, hantaran itu telah menerima lebih 760 Likes. 

Dalam satu hantaran di Twitter, ANI menyatakan kakitangan itu memakai topi keledar untuk melindungi diri daripada sebarang kejadian tidak diingini ketika bekerja. Salah seorang pekerja memberitahu kondisi itu tidak berubah sejak dia mula bekerja di sana dua tahun lalu. 

“Sentiasa ada benda jatuh dari bumbung sejak beberapa tahun lalu. Keadaan ppejabat ini sangat teurk dan kami sudah menulis surat aduan kepada pihak berkuasa, tetapi tiada sebarang maklum balas,” katanya lagi. 

Seperti yang boleh dilihat dengan jelas, keadaan bangunan itu cukup teruk. Bumbungnya berlubang-lubang dengan sebatang tiang di bahagian tengah pejabat menongkat semuanya.

Tempat kerja juga nampaknya cukup dhaif di mana meja tidak ada laci dan kertas disimpan di dalam kotak atau hanya dibiarkan berselerak. 

Harus tahu ini bukanlah pertama kali pekerja di India memakai topi keledar di dalam pejabat. Pada tahun 2017, pekerja di sebuah bangunan kerajaan di Bihar terpaksa memakainya atas sebab yang sama. 

Google ads
Back to top button