Buletin

TOYOTA GR SUPRA WASABI – WARNA HIJAU PUN LAWA

Toyota Supra GR yang ditampilkan di dalam artikel ini bukan kereta projek penala bebas tetapi hasil kerja bahagian Toyota Genuine Accessory Amerika Syarikat.

Supra GR yang dikenali sebagai Wasabi Concept dipertontonkan sempena SEMA 2019 di Texas, Amerika Syarikat.

Selain dari bahan pameran, Wasabi Concept juga adalah medium bagi Toyota mendapatkan maklum balas untuk perancangan mereka pada masa depan.

GR Supra Wasabi Concept ini dijelmakan dengan kit badan dan aerodinamik dari Five Axis. Pakej tersebut dengan spoiler tinggi menonjolkan Supra ini ala kereta lumba.

Muncung ekzos berkembar berukuran 102mm ditarik ke tengah bampar dan memberikan Supra ini bunyi yang dalam dan throaty sesuai dengan karakternya sebagai kereta sport.

Toyota menggunakan roda aloi berukuran 20×10 inci di depan dan 20×11 inci di belakang yang turut mengurangkan berat dan memperbaiki tahap pengendalian.

Roda yang kuat dan ringan itu dipasangkan tayar Michelin Pilot Sport 4S berukuran 275/30R20 di depan dan 305/30R20 di belakang. Tayar itu membantu dalam memberi cengkaman yang lebih.

Tugas membrek diberikan kepada angkup Brembo B-M dengan cakera two piece berlubang (slotted) bagi menggantikan komponen asal. 

Angkup depan adalah jenis enam omboh dengan cakera besar 405mm manakala bahagian belakang pula jenis empat omboh dengan cakera 380mm.

Ketinggian kereta boleh diubah dengan set suspensi boleh laras Öhlins Road & Track. Teknologi DFV (Dual Flow Valve) Inverted Monotube Dampers berfungsi untuk pelarasan mampatan (compression) kelajuan tinggi dan rendah dan juga tahap lantunan semula (rebound).

Pendakap strut tower Toyota pula mengikat bahagian atas suspensi bagi mengukuhkan casis dan mengekalkan geometri suspensi untuk pengendalian optimum.

Selain ubahsuai di atas Toyota tidak memaklumkan adakah ada perubahan pada enjin. Apa pun warna hijau untuk sebuah Supra adalah sesuatu yang rare!

BACA: PADA 2008 TOYOTA ALPHARD DIPISAH 2, JADI VELLFIRE SAMPAI SEKARANG

BACA: TOYOTA GRANVIA DAN GRAND HIACE, VAN MEWAH SEBELUM ALPHARD/VELLFIRE

BACA: TOYOTA COPEN GR SPORT, MISI MENGIDAM BERMULA!!!

Google ads
Back to top button