Motosikal

TAYAR ContiRoadAttack 3 CEMERLANG DALAM UJIAN DI LITAR JERMAN

Tayar terbaharu daripada Continental, ContiRoadAttack 3 baru-baru ini mencatat kemenangan dalam ujian kedua untuk tempoh tiga bulan. 

Dipasang pada jentera Suzuki GSX-S 750, beberapa orang penguji daripada majalah motosikal MOTORRAD menguji enam set tayar bersaiz 120/70 ZR17 dan 180/55 ZR17. Tayar tersebut diuji di sebuah litar di Hanover, Jerman. 

Akhirnya, ContiRoadAttack 3 memperoleh skor paling tinggi dengan 277 daripada 300 mata. Terima kasih terhadap teknologi Continental seperti MultiGrip, TractionSkin, ZeroDegree, RainGrip dan EasyHandling yang ada padanya.

Di atas permukaan kering dan basah, penunggang memberi perhatian ke atas aspek pengendalian, ketepatan, kestabilan, cengkaman dan maklum balas ketika tayar masih sejuk. Jarak berhenti di atas jalan basah turut direkodkan dengan terperinci dan dinilai. 

Walaupun mendapat saingan sengit daripada tayar lain dalam aspek berbeza, namun ContiRoadAttack 3 dilihat cemerlang untuk tampil sebagai pemenang secara keseluruhannya. 

“Sebuah tayar yang serba boleh dan sesuai untuk gaya tunggangan sporty. Tayar lain tidak sebagus ContiRoadAttack 3 jika dinilai dari segi ketepatan, kestabilan, cengkaman dan maklum balasnya,” kata para penguji.

Google ads
Back to top button